Pemandu Teksi Ini Berasa Curiga Melihat Dua Lelaki Menggali Lubang, Rupanya Mereka Mahu Tanam Bayi Hidup-Hidup

NEW DELHI: Polis menyelamatkan bayi perempuan berusia empat hari dari ditanam hidup-hidup oleh ahli keluarganya berhampiran sebuah perhentian bas di Hyderabad semalam.

Menurut India Today, polis bertindak selepas menerima aduan daripada seorang pemandu teksi yang berasa curiga melihat dua lelaki menggali lubang berdekatan perhentian bas itu kira-kira jam 9 pagi.

Pemandu itu turut melihat lelaki berkenaan membawa sebuah beg dan mengesyaki terdapat bayi di dalamnya.

Hasil pemeriksaan, polis menemui bayi perempuan baru lahir dalam beg dan salah seorang lelaki yang mengaku datuk bayi itu mendakwa cucunya meninggal dunia di hospital.

Ahli keluarga meminta mereka supaya tidak membawa mayat bayi itu pulang ke rumah, lapor AFP.

Namun, polis ternampak bayi itu bergerak lalu menahan dua lelaki berkenaan untuk siasatan.

Bayi itu kini mendapatkan rawatan di hospital.

Artikel Berkaitan   “Saya Didatangi Pengemis Tapi Tak Ada Duit Cash, Tak Sangka Pengemis Pon Minta Derma Hanya Melalui Wechat”