Pemilik ‘Lady Gaga’ Sedih Setelah 13 Tahun Berbakti, Ia Sangat Istimewa Kerana Melahirkan Anak Yang Ramai

BREMEN – Seekor lembu betina yang dipilih sebagai lembu tercantik di Jerman dilaporkan mati Selasa lalu pada usia 13 tahun, menurut pemiliknya Henk Wille dari bandar Cloppenburg.

Sepanjang hidupnya, lembu terbabit yang diberi nama Lady Gaga melahirkan lapan ekor anak dengan yang terakhir dilahirkan pada September lalu.

Selain itu ia juga telah menghasilkan lebih 125,000 liter susu.

“Lady Gaga adalah lembu yang saya miliki sekali dalam seumur hidup,” kata Wille turut memberitahu ternakan kesayangannya itu gemar memasuki pertandingan kecantikan untuk haiwan.

Sejak tahun 2013, Lady Gaga kerap memenangi pertandingan seperti itu. – Agensi

Artikel Berkaitan   “Terima Kasih Kak Siti Sarah Sebab H1na Orang Asli. Take Care, May Allah Bless You”