Pemuda Biada4p Dengan Institusi Diraja Tampil Mohon Maaf

Semalam, rakyat jelata dikejutkan dengan kehilangan akaun Twitter Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang dikenali dengan nama @cheminahsayang.

Rata-rata menyuarakan rasa sedih atas keputusan Tuanku Permaisuri meninggalkan laman tersebut setelah menjalinkan interaksi yang rapat dengan rakyat melalui media itu.

Mereka mengaitkan keputusan itu dengan kecaman beberapa individu yang menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap kiriman-kiriman dan perkongsian Tuanku Permaisuri di laman berkenaan.

Meninggalkan komen biadap terhadap Tuanku Permaisuri dan pengikutnya, seorang pengguna Twitter, Firdaus Asraf menerima kecaman hebat dari rakyat jelata yang menggesa Polis Diraja Malaysia untuk mengenakan tindakan ke atasnya.

Berikutan ke3caman hebat itu, Firdaus akhirnya tampil memohon maaf secara rasmi di laman Twitter miliknya. Tapi ayat dia guna menjadi perhatian kerana pandai menggunkan bahasa Istana

“Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik mohon diampun.

“Warkah ini adalah sebagai pengganti diri patik menyatakan kekesalan diri patik berlaku biadap terhadap tuanku. Patik hanyalah seorang rakyat biasa yang derhaka terhadap Rajanya dan kerabat-kerabatnya,” katanya.

Dia turut menyatakan kesediaannya untuk mengadap baginda untuk permohonan maaf sekiranya Tuanku Permaisuri berkenan untuk menerimanya.

Artikel Berkaitan   “Saya tercampak ke depan.” – Ebit Lew kemalangan pulang dari dakwah