Penduduk Gempar Mayat Berbadan Gempal Ditemui Berbogel Di Laut, Ini Komen Pihak Polis

Mayat seorang lelaki bertubuh besar yang tidak diketahui identitinya ditemuI dalam keadaan bogel di Pantai Batu 1 di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, mayat itu ditemui oleh orang awam yang kemudian memaklumkan pihak polis pada pukul 11.53 pagi.

“Polis telah ke lokasi kejadian dan menemui mayat seorang lelaki dalam keadaan tertiarap tanpa pakaian.

“Pemeriksaan ke atas tubuh mangsa yang berbadan besar itu mendapati tiada bekas suntikan BCG (Bacillus Calmette Gurrain) pada lengannya dan berdasarkan wajahnya dia dipercayai berbangsa Cina,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Aidi Sham berkata, siasatan juga mendapati tiada kesan cedera atau luka pada tubuh mangsa dan tidak menemui sebarang kenderaan atau pakaian ditinggalkan dalam jarak 50 meter dari tempat mayat itu dijumpai.

Menurut beliau, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Port Dickson untuk bedah siasat dan buat masa ini kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut, namun siasatan lanjut masih berjalan.

Tambah beliau, sesiapa yang kehilangan ahli keluarga atau mengenali mangsa diminta menghubungi Balai Polis Port Dickson di talian 06-6472222 atau mana-mana balai polis berhampiran. – K! ONLINE

Artikel Berkaitan   “Macam Ni Ke Cara Iklan Kau, Agak-Agak Rezeki Tu Halal Ke?” Buat Iklan Lucah, Macam Sokong Zina, Ayat Macam Tak Ada Agama