Penduduk Gempar Mayat Terdampar Di Pantai Hampir Reput, Ini Keadaannya Yang Sangat Mengerikan

MAYAT lelaki dalam keadaan hampir reput ditemui terdampar di tepi Pantai Kerteh, Chukai, hari ini.

Beberapa pengunjung menyedari kehadiran mayat berkenaan yang berbau busuk ketika berjoging di pantai itu pada 6.20 petang.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, pihaknya yang menerima maklumat bergegas ke pantai itu untuk menjalankan siasatan.

“Kita percaya mayat hampir reput itu hanyut dari laut sebelum dinaikkan ombak ke tepi pantai.

“Sebahagian besar pada bahagian kaki dan tangan mayat terbabit hanya tinggal tulang,” katanya.

Menurutnya, mayat terbabit kemudian dibawa ke Bilik Forensik Hospital Kemaman untuk siasatan lanjut.

Katanya, orang ramai yang kehilangan ahli keluarga diminta tampil membuat laporan polis.