Penduduk Gempar Tersebar Gambar Mayat Wanita Tanpa Kepala Yang Tular

ALOR GAJAH: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah hari ini menafikan kononnya ada kejadian kepala seorang wanita dipenggal sebelum diletakkan atas pelepah kelapa, di Padang Kemunting, Masjid Tanah, dekat sini.

Ketuanya, Superintendan Arshad Abu, berkata polis tidak menerima laporan mengenai wanita dibunuh dengan kepalanya dipenggal sebelum diletakkan di atas pelepah kelapa, kononnya berlaku di kampung berkenaan.

“Disahkan gambar mayat wanita tanpa kepala yang tular dalam media sosial dan aplikasi whatsApp itu tidak berlaku dalam daerah ini,” katanya.

Berdasarkan gambar berkenaan, mayat wanita berbaju kurung merah berada di atas pelepah kelapa dalam keadaan kepala terpisah daripada kepala.

Tubuh wanita berada dalam keadaan terlentang di atas pasir pantai manakala kepalanya yang berlumuran darah tidak jauh dari tubuh berkenaan.

Penduduk kampung, Razali Mat Arif, 45, berkata sejak petang semalam kampung itu digemparkan dengan khabar angin kononnya ada wanita dibunuh dengan kepalanya dipenggal.

“Badan dan kepala wanita itu diletakkan di atas pelepah kelapa kononnya di kampung ini tetapi selepas puas saya dan penduduk kampung mencari di mana mayat itu berada, kami tidak menemukannya.

“Jelas ia hanya ‘permainan’ pihak tertentu yang sengaja memaparkan gambar itu kononnya berlaku di pantai kampung ini,” katanya.

kredit berita harian

Artikel Berkaitan   Malu Kita! Video Penyanyi Amerika Lancar Membaca Ayat Kursi Sangat Merdu Dan Cukup Tajwidnya