Penduduk Kawasan Ini Terkejut Tiba-Tiba Diserangi Nyamuk 5 Kali Ganda Saiznya Daripada Nyamuk Biasa

Sebelum ini, kami pernah melaporkan kejadian wilayah Afrika Timur diserang jutaan belalang gurun, kali ini kejadian yang hampir serupa berlaku di Australia.

Kawasan berhampiran Gold Coast di Queensland, Australia, kini telah diserang dengan nyamuk gajah jenis Toxorhynchites, sehingga menyebabkan penyebaran wabak penyakit menerusi virus Ross River.

Nyamuk ini juga mempunyai saiz lima kali ganda lebih besar daripada nyamuk biasa dan juga gemar untuk makan larva nyamuk lain berbanding daripada menghisap darah manusia.

Disebabkan bilangannya yang terlalu banyak membuatkan penduduk dikawasan ini terpaksa berlindung dalam rumah dan tidak melakukan sebarang aktiviti luar.

Punca utama terjadinya penambahan bilangan nyamuk gajah ini adalah disebabkan oleh perubahan cuaca dan banjir yang terjadi dikawasan ini.

Terdahulu, seramai 700 orang telah dijangkiti wabak daripada nyamuk ini pada tahun 2015, namun kesemua mangsa tidak dapat disembuhkan.

Sumber: Mail Online

Artikel Berkaitan   Betul Ke Air Detox Boleh Kuruskan Badan? Kalau Minum Bayak Lebih Cepat Kurus? Ini Jawapan Pakar Yang Sangat Mengejutkan