Pengalaman Yang Luar Biasa Masa Hadapi Ardell Mengandung Sampai Terpaksa Tidur Dalam Toilet. Nadzmi Dedah Kejadian Sebenar

Pelakon dan juga suami kepada Ardell Aryana, iaitu Nadzmi Adhwa menceritakan pengalaman isterinya mengandungkan anak pertama mereka, Arwa Malaikha Urwa.

Menurut Nadzmi, isterinya adalah seorang ibu yang sangat kuat kerana meskipun sarat hamil, Ardell masih lagi sempat melakukan siri bantuan amal meskipun ketika itu juga mengalami alahan teruk, sehinggakan pernah tertidur dalam tandas.

“Sekejap je awak dah sebulan. Abi nak urwa tahu yang umie dan kamu sangat kuat. Semoga jadi anak yang solehah. Semangat kamu 9 bulan dalam kandungan.

“Masa awal awal mengandungkan kamu umie sampai tido dalam toilet abi teman sebab kan muntah muntah alahan yang teruk. Lepastu pergi ke Thailand umie mengidam macam macam masatu tak tahu kamu dah ada dalam perut.

Banyak tempat umie kamu bawa kamu. Pergi hantar bantuan di Syria , Turkey , selama 22 hari. Umie kamu pengsan di Istanbul masa nak hanta bantuan di rumah anak anak yatim Syria, abie angkat bawa balik hotel tapi tak pernah pun dia mengeluh,” tulis Nadzmi sambil mendoakan agar anaknya membesar menjadi anak yang solehah serta diperlihara di dunia dan akhirat.

View this post on Instagram

Sekejap je awak dah sebulan 😘 Abi nak urwa tahu yang umie @ardellaryana dan kamu sangat kuat. Semoga jadi anak yang solehah. Semangat kamu 9 bulan dalam kandungan . Masa awal awal mengandungkan kamu umie sampai tido dalam toilet abi teman sebab kan muntah muntah alahan yang teruk. Lepastu pergi ke Thailand umie mengidam macam macam masatu tak tahu kamu dah ada dalam perut. Banyak tempat umie kamu bawa kamu. Pergi hantar bantuan di Syria , Turkey , selama 22 hari. Umie kamu pengsan di Istanbul masa nak hanta bantuan di rumah anak anak yatim Syria, abie angkat bawa balik hotel tapi tak pernah pun dia mengeluh. Tengok kesusahan dia bawa kamu mengajar abi banyak perkara. banyak kenangan indah masa kamu dalam perut umie. Dalam Malaysia ni umie masuk hutan sana sini hanta bantuan pun kamu ikut sekali dalam perut. Setiap kali nak pergi hantar bantuan tak pernah sekalipun umie mengeluh atau mengadu sakit sakit badan atau penat kerana bawa kamu kesana kesini. Semoga kamu membesar menjadi anak yang solehah, Dan semoga Allah pelihara kamu dunia dan akhirat ❤️ Umie kamu wanita yang sangat istimewa di hati abi , perempuan yang sangat kuat dan hebat , seorang isteri yang terbaik untuk abi 😘 le Semoga jodoh kita kekal hingga jannah. Amin. Terima kasih sayang kerana melahirkan anak kita 🤲🏻❤️ Saya akan sentiasa ada bersama awak ! You both are the greatest gift Allah gave me 😘 New journey begins. Full video di Youtube kami esok 🥰

A post shared by ناذمي ادهوا نور اذمي (@nadzmiadhwa) on

kredit era