Pengedar Dadah Di Bandar Ini Bela Babi Semata-Mata Nak Bagi Makan Mayat Musuh Mereka

RIO DE JANEIRO: Pengedar dadah di bandar ini dipercayai membela babi liar semata-mata untuk memakan mayat musuh mereka yang dibunuh sekali gus menutup jenayah berkenaan.

Mail Online melaporkan, siasatan polis mendapati sekurang-kurangnya sembilan mangsa dibunuh dan mayat mereka dicampak ke dalam kandang babi di kawasan kejiranan setinggan Vigario Geral.

Polis memberitahu, kandang babi itu dibina di belakang rumah seorang pengedar dadah dan mahkamah pada minggu lalu mengarahkan 11 suspek ditangkap.

Seorang suspek yang dipercayai membela babi liar itu adalah Wilton Arjona da Silva dan dia dikenali sebagai ‘Babi Kecil.’

Polis mula mengesyaki pembabitan suspek itu selepas kehilangan tujuh lelaki muda pada Mei lalu.

Dalam pergaduhan antara kumpulan pengedar dadah, suspek lengkap dengan senjata menculik mangsa dan membunuh mereka.

Seorang saksi memberitahu polis, mayat mangsa kemudian diberi makan babi yang dibela seorang suspek.

Babi liar itu juga sengaja dibiar kelaparan supaya ia boleh memakan keseluruhan mayat yang dicampak ke dalam kandang.

Dua lagi lelaki dilaporkan hilang pada 2017 dan disyaki turut menjadi mangsa pembunuhan kumpulan itu sebelum mayat mereka diberi makan babi.

Artikel Berkaitan   Penduduk Gempar Cecair Merah Dikatakan Darah Atas Kubur Sebelum Ini, Polis Keluarkan Laporan Sebenar