Penuh bongkak! Polis Israel pakai kasut masuk masjid pijak sejadah

Sebuah rakaman video memaparkan seorang anggota polis Israel memasuki bilik solat arah pintu al-Rahmeh di al-Aqsa tular di laman media sosial.

Lebih biadab apabila rejim Zionis itu enggan membuka kasutnya serta berjalan atas sejadah solat tanpa rasa bersalah walaupun sudah ditegur beberapa kali.


Difahamkan tindakan kurang ajar itu sengaja dilakukan kerana mahu memprovokasi umat Islam dan menghina Masjid al-Aqsa.

Polis Israel biadap di Masjid Al-Aqsa

Seorang anggota polis Israel enggan membuka kasutnya semasa memasuki bilik solat arah pintu al-Rahmeh di Al-Aqsa. Nampaknya dia sengaja nak provok umat Islam dan menghina Masjid Al-Aqsa.

Posted by Friends of Rakyat Palestin on Friday, 28 June 2019

Walaupun dikatakan menghormati semua agama, namun anggota polis terbabit berjalan penuh angkuh dan cuba mencetuskan kemarahan umat Islam di sekitarnya.

Video berdurasi hampir dua minit itu mengundang kemarahan netizen yang rata-rata menyifatkan tindakan tersebut adalah biadab dan berharap agar Allah SWT memberikan balasan setimpal kepada puak Zionis itu.

Semoga Allah tarik nikmat kaki

Karma akan kembali, satu hari nanti

Kau tunggu akhirat nanti!

Artikel Berkaitan   Isteri Saharul Ridzwan Selamat Lahirkan Bayi Perempuan