
Penyanyi era 1970-an Abdul Halil Chik, 70, meninggal dunia pukul 7 pagi tadi akibat serangan angin ahmar.
Berita pemergian penyanyi yang popular dengan lagu Lenggang Mak Limah itu disahkan oleh Presiden Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez.
Jenazah Allahyarham telah dibawa ke Masjid Bukit Antarabangsa dan dikebumikan selepa solat Zuhur.
Terdahulu pada 19 Jun lalu, Allahyarham yan mempunyai penyakit darah tinggi kronik telah dikejarkan ke Hospital Ampang di sini selepas diserang angin ahmar di kediamannya.
Akibat serangan angin ahmar tersebut Allahyarham telah lumpuh sebelah kanan badan dan mengalami pendarahan otak kiri. – K! ONLINE