Penyanyi Rock 90an Ini Ditahan Polis Apabila Terlibat Dengan Dadah Di Sebuah Kabin

Seorang penyanyi kumpulan rock era 90-an ditahan selepas polis menemui satu peket plastik lut sinar yang mengandungi dadah disyaki methamphetamine seberat 0.6 gram di sebuah kabin di Taman Tenaga, Cheras, Kuala Lumpur di sini semalam.

Dalam tangkapan pada pukul 9.30 malam itu telah dijalankan sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, suspek yang berusia 43 tahun telah ditahan bersama dadah disyaki Meth bernilai RM100 di dalam sebuah kabin  bersebelahan tempat cuci kenderaan.

“Hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine, amphetamin dan tetra hydrocannabinol (THC). Hasil semakan mendapati suspek tidak memiliki sebarang rekod jenayah lampau.

“Suspek kini di tahan di Lokap Balai Polis Cheras dan direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Difahamkan, kumpulan rock terbabit ditubuhkan pada 1994 dengan dianggotai empat orang dan kali terakhir mengeluarkan album pada tahun 2014 – K! ONLINE

(Visited 727 times, 1 visits today)