Penyanyi Yang Sedang Meningkat Naik Afieq Shazwan Terlibat Dalam Kemalangan. Inilah Keadaan Terkininya

Penyanyi Afieq Shazwan terlibat kemalangan di Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) pada pukul 8.30 malam semalam.

Ketika insiden itu berlaku, Afieq, 22, sedang dalam perjalanan pulang ke rumah bersama adik-adiknya dari Pulau Pinang.

Meskipun keadaan kereta Proton Saga merah miliknya kemek teruk di bonet hadapan, pelantun lagu Darjat itu bersyukur kerana mereka semua tidak mengalami sebarang kecederaan parah.

“Kereta saya terbabas kerana keadaan jalan raya yang licin akibat hujan.

“Ini kali pertama saya mengalami kemalangan dan saya berjanji akan lebih berhati-hati bila memandu selepas ini,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Afieq turut berterima kasih kepada semua peminat yang menghantar mesej dan meninggalkan komen di laman Instagram miliknya. – K! ONLINE