Perangai Pelik Beli Cangkul Tapi Tak Pakai, Keluarga Baru Sedar Itu Petanda Lelaki Ini Pergi Selamanya Selepas 1 Jam Mak Mereka Meninggal

“HANYA selepas sejam selesai kebumikan mak, abang sulung kami, Shuhaimi Saidin turut dijemput pergi buat selamanya.”

Demikian coretan Mohd Shari Saidin yang begitu meruntun hati ketika berkongsi kisah sedih mengenai pemergian ibu dan abang tersayang, Sabtu lalu.

Ibarat kisah yang dipaparkan di drama televisyen, namun itulah realiti yang perlu ditempuhi oleh lelaki ini sekeluarga.

Ketika berkongsi cerita dengan mStar, Mohd Shari berkata sungguhpun d1rinya reda dengan pemergian dua insan kesayangannya itu, namun sehingga kini dia send1ri masih lagi ‘menghadam’ apa yang berlaku kerana semuanya terjadi terlalu pantas.

Mengimbas kembali episod dvka itu, Mohd Shari berkata segala-galanya bermula pada 23 Jun lalu apabila ibunya, Ishah Kasa, 65, mengadu s4kit dada.

“Pagi tu mak okey saja, siap boleh ke kedai, berjalan bersembang di rumah jiran. Tapi petang tu dia mengadu s4kit dada. Sampai di Klinik Kangar doktor check bacaan jantung mak tak berapa cantik, mak terpaksa ditahan wad Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar,” ujarnya sambil menambah, arwah sememangnya mempunyai sejarah d4rah tinggi, kencing manis dan kolestrol tinggi.

Gambar kenangan Mohd Shari (k1ri) bersama arwah ibu dan abang sulungnya (kanan).

Beberapa hari dirawat, Mohd Shari berkata keadaan ibunya bertambah pulih dan semakin ceria, malah arwah juga berselera menikm4ti makanan.

“Hari kedua mak di hospital, dalam pukul 4 petang, abang sulung kami, Shuhaimi Saidin tiba dari Manjung dan terus ziarah mak di hospital. Abang balik dengan membawa isteri dan 4 orang anaknya, manakala anaknya yang sulung di Kuala Kangsar… tak sempat untuk abang jemput,” ujar lelaki berusia 33 tahun ini.

Menurut Mohd Shari, sungguhpun arwah ibunya menunjukkan tanda-tanda kembali pulih selepas tiga hari dirawat, namun dia masih belum dibenarkan pulang kerana memerlukan pemantauan daripada doktor susulan bacaan untuk jantung tidak normal.

Artikel Berkaitan   “Saya Ada Terjumpa Satu Syiling Lama, Masa Di Rumah Tiba-Tiba Ada Barang Jatuh Terkena Saya. Saya Tidak Hirau, Kemudian Tiba-Tiba Barang Lain Jatuh”

“Hari keempat iaitu Jumaat, mak menghembvskan nafas terakhir dalam tidur, lebih kurang pukul 5.30 petang. Kami anak beranak hanya tinggalkan mak sekejap saja. Jiran katil sebelah dan depan mak pun tak sedar mak hembvskan nafas terakhir waktu mana.

“Sebabkan terkejut dengan pemergian mak, saya jadi lemah dan terpaksa diberi bantuan oksigen. Ketika itulah, abang sulung saya ni yang tenangkan saya, tepuk-tepuk belakang dan minta saya kuat, jangan lemah. Tak sangka, rupa-rupanya itulah petanda dia nak pergi menyusuli mak,” ujar juruteknik komputer di sebuah sekolah menengah di Kaki Bukit, Perlis ini.

Abang sulung Mohd Shari iaitu Shuhaimi (berbaju Melayu biru) merupakan orang pertama yang turun ke dalam liang lahad ketika pengkebumian ibu mereka.

Tambah Mohd Shari, pada hari pengkebumian ibu mereka pagi Sabtu lalu, abang sulungnya itu adalah individu yang paling sibuk dalam memastikan urusan tersebut berjalan dengan lancar, malah menjadi orang pertama yang turun ke liang lahad.

“Urusan pengkebumian mak selesai dalam pukul 11.15 pagi. Ketika kami di rumah melepaskan lelah, tiba-tiba abang yang sedang duduk depan kipas angin mengadu s4kit dada dan kelabu mata, seolah-olah nak pengsan. Masa tu memang kecoh.

“Kami cuba beri bantuan awal sementara ambulans sampai. Masa tu badan abang dah sejuk. Sepuluh minit dalam perjalanan ke hospital menaiki ambulans, abang dah mula tak sedarkan d1ri. Bantuan oksigen terus diberikan dalam ambulans. Namun Allah lebih menyayanginya.

Beriya-iya beli kononnya nak bercucuk tanam tapi tak guna pun… cangkul itu disimpan saja. Tak sangka, rupanya ia digunakan untuk cangkul tanah kvbur dua insan kesayangan.

MOHD SHARI SAIDIN

Artikel Berkaitan   Pengantin Lelaki Berpura-Pura Tak Tahu, Bila Majlis Berlangsung, Lelaki Itu Tayang Video Bakal Isterinya Curang Di Majlis Perkahwinan Mereka

“Abang disahkan men1ngg4l dunia pada pukul 1 tengah hari akibat sesak nafas. Saat mendengar perkhabaran itu, Allah… tak tahu saya nak kata apa. Hanya isteri yang tenangkan. Belum sempat saya tukar seluar yang kotor tadi, kini perlu ke tanah perkvburan semula untuk pengkebumian abang,” ujarnya yang merupakan anak keempat dari enam adik beradik.

Menurut Mohd Shari, jenazah abang sulungnya selamat dikebumikan pada pukul 6.30 petang.

“Sedih sangat apabila kehilangan dua insan kesayangan dalam selang masa yang singkat. Arwah abang sihat sewaktu ziarah arwah mak. Memang tak ada tanda-tanda pun.

Salah satu status Facebook Mohd Shari selepas abang sulungnya menghembvskan nafas terakhir.

“Cuma isterinya iaitu kakak ipar berkata, pernah arwah minta dia belajar bawa kereta. Kakak ipar boleh memandu cuma kurang cekap. Tapi kakak ipar kata nanti dulu, belum masanya.

“Ada lagi satu peristiwa aneh, di mana saya send1ri sebelum ni ada beli sebatang cangkul waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dulu. Beriya-iya beli kononnya nak bercucuk tanam tapi tak guna pun… cangkul itu disimpan saja.

“Tak sangka, rupanya ia digunakan untuk cangkul tanah kvbur dua insan kesayangan. Sungguhpun berat ujian ini untuk kami sekeluarga, saya reda dan bersyukur, kedua-duanya ‘pergi’ dengan begitu mudah,” ujarnya menutup bicara.

kredit satkoba