Perhatian Untuk Lelaki! Betapa Beratnya Memikul Amanah Sebagi Anak Lelaki Dalam Keluarga Tapi Ramai Yang Lupa

Pasti banyak yang melalui situasi ini dan adakalanya rasa seperti tidak adil, sedangkan itu merupakan tanggung jawab adik beradik yang perlu digalas bersama. Orang tua harus bersikap adil dalam melayani anak-anak, bukannya memanjakan seorang anak, kemudian yang lainnya dibebankan dengan berbagai tanggung jawab.

Nak cakap, harus banyak golongan ibu yang tidak boleh menerima. Tapi itulah kenyataan meskipun bukan semuanya begitu. Tapi kebanyakan orang tua, anak lelaki selalu dimanjakan dengan alasan ‘dia lelaki’. Waktu muda, lelaki boleh keluar dengan teman-teman, balik lambat sampai ke malam hari. Alasan, ‘dia kan lelaki’.

Setiap kali hari raya, anak perempuan yang tak tidur malam tolong mak. Anak lelaki pula sibuk dengan teman bermain bunga api. Masuk usia remaja, anak lelaki langsung tak berfikir nak membantu keluarga. Sebaliknya anak perempuan yang kena bekerja, menjaga adik beradik, kena jaga rumah.

Bila dah kahwin, anak perempuan yang kena beri duit belanja setiap bulan kepada orang tua. Yang anak lelaki? Bila orang tua call, barulah nak beri duit belanja. Alasannya, dia ada keluarga sendiri. Habis tu, yang anak perempuan ini tak ada keluarga dia sendiri ke? Mohon generasi kita janganlah beri layanan kepada anak berbeza dengan anak perempuan. Pukullah mereka, tetapkan batas waktu untuk mereka pulang ke rumah, untuk belajar. Ajar mereka mencari kerja, bukan asal mengganggur saja, salahkan orang lain.

Bila anak-anak yang lain suruh orang tua tegur anak, orang tua pula kata, “Dia tu bukannya boleh kena tegur, nanti merajuk.”. Alasan apakah ini? Itulah situasi yang banyak terjadi hari ini. Hati anak lelaki dijaga, tetapi hati anak-anak perempuan selalu dilukai. Padahal, anak-anak perempuan yang lebih banyak fikirkan keluarga dibandingkan anak lelaki yang suka bersantai dan langsung tak fikirkan keluarganya.

Semoga ibu bapa mendidik anak dari kecil lagi kepentingan anak lelaki menjaga ibu bapa di hari tua mereka. Ini bukan alasan untuk anak perempuan lepas tangan namun sedia maklum tanggungjawap anak lelaki tidak pernah terlepas meskipun selepas mereka berkahwin.

(Visited 228 times, 1 visits today)