Permintaan Semakin Tinggi, Aroma Yang Unik Dan Wangi, Harga Sebiji Kelapa Pandan Mencecah RM19. Jom Tanam Kelapa Pandan Wangi!

Kelapa Pandan (Kelapa Wangi)

Kelapa Pandan merupakan kelapa jenis rendah yang diperkenalkan dari Thailand pada tahun 1971. Di Thailand kelapa ini dipanggil
sebagai ‘Makprow Nam Horm’ dan di peringkat antarabangsa dikenali sebagai ‘aromatic
dwarf’. Keistimewaaan kultivar kelapa wangi terdiri daripada isi dan buahnya berbau
wangi pandan dan sesuai untuk diminum dan dimakan segar. Ketinggian pokok boleh
mencapai enam meter. Tandan dan buah berwarna hijau dan buahnya kecil berbentuk
bulat berbiku tiga.

Penanaman kelapa ini boleh dijalankan secara kepadatan tinggi dengan jarak tanaman
6 m x 6 m. Ia mula mengeluarkan hasil apabila mencapai umur tiga hingga empat tahun
selepas ditanam di ladang. Ketika berumur tiga tahun pengeluarannya, hanya 40%

hingga 50% dan mencapai 100% apabila berumur empat tahun. Pokok kelapa Pandan
mengeluarkan 12 hingga 18 jambak bunga setahun. Purata bilangan buah setandan di
antara 10 hingga 15 biji tetapi boleh berkurangan pada musim kemarau atau jika
kawasan dibanjiri air.

Pada tahun ke 13, ia boleh mengeluarkan 130 hingga 175 biji buah kelapa muda
sepokok. Dalam satu hektar (208 pokok) jumlah pengeluaran boleh mencapai 36,000
hingga 49,000 buah kelapa muda setahun. Kandungan air bagi sebiji ialah lebih kurang
330 ml. Anak kelapa pokok Pandan boleh dikenali melalui bau pandan pada hujung
akar yang dihancurkan.

Melihat tandan buah-buah kelapa muda biasanya boleh dipetik pada umur 6 hingga 6 ½
bulan selepas persenyawaan. Kaedah yang biasa digunakan ialah dengan melihat
tandan buah serta saiz buah kecil (T-2) dan pembentukan seludang (T-3) di atas tandan
buah kecil tersebut. Tandan kelapa muda yan dipetik (T-1), tandan buah kelapa kecil
(T-2) dan seludang (T-3) adalah selari atau terletak di atas satu sama lain.

Artikel Berkaitan   Dianggap Simbol Status di Jepun, Rock Melon Yubari Dijual Dengan Harga RM116,643.00

Bayangkan jika keluasan kebun kelapa pandan anda ada 40 ekar dan hanya perlukan 3 orang pekerja sahaja untuk mengurus kebun, tanaman ini mampu menghasilkan hampir 2-3 kali ganda lebih untung dari tanaman kelapa sawit jika dibuat analisa ekonomik. Penulis dapati purata anggaran pendapatan kasar bulanan dari kebun ini diantara RM 60,000 – RM 70,000 sebulan. Kebanyakkan kelapa pandan ini digunakan untuk air minuman kelapa segar dan dijual runcit pada harga RM 4.00 – RM 5.00 sebiji di restoran biasa. Harga kelapa pandan yang di kupas kulit akan mencapai sehingga RM 7.00- RM 10.00 sebiji jika di jual dalam hotel dan Kompleks Perniagaan. Penjual air kelapa di pasar malam atau ditepi jalan cuma menggunakan sebanyak 10 biji kelapa pandan yang dikopek kemudian dimasukkan kedalam tong air dan yang banyak ialah adalah komponen air gula dan ais!

Produk Hasilan Kelapa

Isi, air, sabut, daun dan batang kelapa digunakan untuk menghasilkan pelbagai produk
kelapa dalam bentuk makanan atau bukan makanan. Produk kelapa ini boleh
dikategorikan sebagai produk kelapa segar dan produk kelapa yang diproses.

Produk kelapa segar terdiri daripada isi, air dan santan kelapa yang digunakan untuk
masakan atau sebagai makanan dan minuman segar. Buah kelapa muda boleh dibuat
‘Coconut Milk Shake’ dan juga diproses untuk menjadi produk-produk yang enak yang
boleh dibawa balik atau dihadiahkan kepada kaum keluarga dan rakan.

Manakala produk kelapa yang boleh diproses terdiri daripada isi kelapa yang boleh
diproses untuk menghasilkan minyak kelapa. Seterusnya minyak kelapa ini diproses
untuk menghasilkan produk-produk komestik, farmasi dan produk-produk lain. Minyak
kelapa juga digunakan untuk pengeluaran asid laurik. Isi kelapa boleh juga diproses
untuk menghasilkan kopra, santan segar, santan proses, kerisek, dodol, kuih muih, nata
de-coco, bahan kosmetik, sabun, ‘coco peat’, ‘coco fibre’, kraftani dan juga Minyak

Artikel Berkaitan   Halia Hitam Mencecah RM200 Sekilo! - Khasiat Halia Hitam yang Ramai Tak tahu

Kelapa Dara (VCO) yang semakin meningkat permintaannya. Produk VCO yang
dihasilkan telah menjadi daya penarik kepada pengunjung serta sebagai buah tangan
untuk dibawa pulang.

Sabut kelapa dapat digunakan untuk membuat koir dan serat kelapa. Tempurung
kelapa boleh digunakan untuk menghasilkan arang teraktif, bahan bakar dalam
pembuatan ubat nyamuk dan bahan hiasan dalam industri kraftangan, batang kelapa
diproses menjadi kayu yang bermutu untuk kegunaan industri pembinaan dan perabot.
Nira diperolehi dari mayang kelapa dan boleh diminum atau diproses menjadi gula
melaka, cuka atau todi.

SEDANG MENCARI BENIH KELAPA PANDAN AREA SABAH? SILA HUBUNGI SAYA DI TALIAN 014-301 6212 Don (Whatsapp)

SEDANG MENCARI BENIH KELAPA PANDAN AREA SABAH? SILA HUBUNGI SAYA DI TALIAN 014-301 6212 Don (Whatsapp)

Kami boleh suply dalam kuantiti yang banyak. Harga boleh runding sampai jadi.

 

(sumber: Ringkasan Pencapaian Purata Hasil Pengeluaran Projek-projek Industri
Tanaman Tahun 2011 Jabatan Pertanian).