
Hasil lumayan industri cacing
Abu Bakar Moh bersama pekerja melihat cacing yang diternak di Puncak Jelapang, Ipoh.
Industri ternakan cacing di negara ini diyakini mempunyai potensi cerah berikutan permintaan yang semakin meningkat dari semasa ke semasa.
Hakikatnya, ternakan cacing menghasilkan pendapatan lumayan selain memberi peluang pekerjaan kepada mereka yang masih menganggur akibat kesan kegawatan ekonomi global.
Menurut Pengarah CMT Agro Resources Sdn. Bhd., Norhisham Jamaludin, 27, permintaan terhadap cacing amat menggalakkan terutama bagi tujuan perubatan, makanan, kosmetik dan baja organik.
Katanya, berdasarkan keperluan dan permintaan itu pihaknya bersedia membantu mereka yang berminat menternak cacing untuk memajukan bidang itu secara komersial.
Beliau berkata, pihaknya melaksanakan tiga sistem iaitu sistem pawah, ladang kontrak dan peladang bagi tujuan tersebut.
“Melalui sistem pawah setiap ahli (peserta) dikenakan RM350 untuk menyertai seminar dan diberi lot mengandungi sekurang-kurangnya 300 kilogram cacing.
“Sistem ini memberi faedah kepada ahli kerana tidak perlu menternak dan menjaga cacing, boleh melawat ladang, jaminan pendapatan setiap bulan, tiada risiko perladangan dan boleh menamatkan pawahan bila-bila masa,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Norhisham berkata, melalui ladang kontrak pula, ahli dikenakan yuran RM350 untuk belian lot (300 kilogram cacing), faedah penjualan baja dan hasil jualan cacing.
“Sistem ini memberi kelebihan kerana pendapatan tiada had (bergantung kepada hasil pengeluaran baja dan cacing), tidak perlu menyediakan ladang dan cacing yang dibeli adalah hak sendiri,” katanya.
Tambah Norhisham, ladang kontrak ini boleh dilakukan di kawasan yang mudah seperti di pekarangan rumah, garaj dan sebagainya.
Melalui sistem peladang, beliau berkata, ia memberi faedah yang lebih besar kerana penternak akan memiliki ladang sendiri, menerima latihan, pendapatan tanpa had dan berpeluang memperluaskan perniagaan itu dari semasa ke semasa.
Kata Norhisham, syarikatnya akan membekalkan benih cacing, baja dan beberapa kemudahan lain kepada penternak.
“Syarikat kami mengimport cacing merah dari Afrika Selatan kerana benih cacing tempatan tidak mempunyai pasaran.
“Harga cacing sekarang sekitar RM550 sekilogram iaitu mengandungi 2,200 ekor,” jelasnya.
Norhisham berkata, ternakan cacing mengambil masa tiga bulan untuk memberikan hasil manakala tahi cacing boleh dijadikan baja organik bagi kegunaan di sektor pertanian.
Menurut beliau, baja organik yang diproses itu dijual pada harga RM4 bagi sekilogram manakala cacing boleh dijadikan makanan untuk ternakan ikan keli.
Sehubungan itu, penternak tidak perlu bimbang dengan soal pasaran kerana CMT bertanggungjawab untuk menjual cacing yang dihasilkan.
Jelas Norhisham, tahi cacing yang diperoleh dari ladang itu akan diproses dengan pelbagai campuran sebelum ia dipasarkan.
Katanya, permintaan terhadap cacing sehingga kini tidak mencukupi menyebabkan pihak syarikat bercadang mewujudkan lebih banyak ladang dalam usaha memperluaskan pasaran cacing terutama ke luar negara.
Menurutnya, pihaknya memerlukan antara 60,000 hingga 100,000 tan metrik cacing sebulan untuk tujuan pasaran.
Norhisham berkata, 20 ladang cacing diusahakan syarikatnya di Perak.
“Sebanyak 20 lagi ladang akan diwujudkan di Kedah dan Pulau Pinang tahun ini,” katanya.
CMT beroperasi di Pusat Komersial, Taman Meru 2C di sini sejak empat tahun lalu.
Sesiapa yang berminat untuk menjadi peserta boleh menghubungi Norhisham di talian 012-4393552 atau 05-5276546 bagi mendapatkan maklumat lanjut.
Sementara itu, seorang pesara bank di sini sanggup melabur RM30,000 untuk mengusahakan ternakan cacing kerana yakin ia mampu mendatangkan pendapatan lumayan.
Abu Bakar Moh, 57, berkata, beliau melaburkan wang itu untuk menyewa sebuah rumah kedai di Puncak Jelapang di sini dengan sewa RM500 sebulan sejak bulan lalu.
“Pada mulanya saya ragu-ragu tetapi kemudian mendapati perniagaan ini menjanjikan sumber pendapatan paling lumayan menyebabkan saya memberi tumpuan penuh mengusahakan ternakan ini,” katanya ketika di temui di Puncak Jelapang di sini baru-baru ini.
Berbekalkan minat dan bersedia menghadapi risiko perniagaan, beliau mengambil keputusan menternak cacing sejak bulan Jun lalu.
Abu Bakar yang dibantu oleh tiga pekerja, menggunakan bahan mentah seperti najis lembu atau kambing, habuk sekam dan tanah sebagai makanan ternakan cacing.
Walaupun baru mengusahakan perniagaan tersebut, kata beliau, hasil dan keuntungan akan diperoleh dalam tempoh tiga bulan akan datang.
“Menternak cacing ini mudah kerana dalam masa tiga bulan selepas menetaskan telur, cacing ini sudah matang dan boleh dijual,” katanya.
Abu Bakar berkata, di samping menternak cacing, baja organik juga dapat dihasilkan melalui ternakan cacing ini.
“Baja yang dihasilkan boleh dijual di pasaran bagi kegunaan di sektor pertanian,” katanya yang tinggal di Taman Meru 3C – Utusan Online
Peranan Cacing Bagi Kesuburan Tanah – Versi Indon
Cacing adalah suatu makhluk makro yang berada dalam tanah, sebagai pengurai jasad lain, mulai dari hewan yang mati, daun gugur, akar yang mati hingga jasad manusia yang telah tutup usia hingga batu kapur.
Cacing yang dimaksud adalah cacing tanah. Jenis cacing ini berbeda dengan cacing yang membuat hewan atau manusia menjadi sakit. Banyaknya cacing dalam tanah menunjukkan bahwa tanah itu sehat. Cacing tanah memakan humus dalam tanah, dan kemudian mengubah humus itu menjadi unsur hara, hal ini sangat baik untuk tanah.
Berdasarkan hasil penelitian modern, seperti yang dilaporkan dalam publikasi Dr. Ni Luh Kartini, seorang ahli tanah dan penemu pupuk “kascing” dari Universitas Udayana—Bali, mengungkapkan bahwa lahan pertanian yang mengandung cacing tanah pada umumnya memang lebih subur. Pasalnya, tanah yang bercampur dengan kotoran cacing memberikan banyak manfaat bagi tanaman.
Proses perubahan kondisi tanah dapat dijelaskan secara ilmiah. Awalnya, cacing tanah membuat lubang dengan cara mendesak massa tanah atau memakan langsung massa tanah (Minnich 1977). Setelah dicerna, sisa-sisa bahan tersebut dilepaskan kembali sebagai buangan padat (kotoran).
Hal ini diamini oleh Edwards dan Lofty (1977), penulis buku yang mengupas biologi tentang cacing tanah, “Biology of Earthworms” di New York 1977 yang menyatakan, sebagian besar bahan tanah mineral yang dicerna cacing tanah dikembalikan ke dalam tanah dalam bentuk nutrisi yang mudah dimanfaatkan oleh tanaman. Namun, produksi alami kotoran cacing tanah di alam bergantung pada spesies, musim, dan kondisi populasi yang sehat.
Selain itu, kotoran cacing tanah juga kaya unsur hara. Pasalnya, aktivitas cacing tanah mampu meningkatkan ketersediaan unsur hara N, P, dan K di dalam tanah. Unsur-unsur tersebut merupakan unsur pokok bagi tanaman. Penelitian terhadap tanah-tanah gundul di bekas tambang di Ohio, Amerika Serikat, menunjukkan, cacing tanah dapat meningkatkan kadar K tersedia 19% dan P tersedia 165%
Di samping menyuburkan tanah, lubang bekas jalan cacing tanah berada juga berfungsi memperbaiki aerasi dan drainase di dalam tanah sehingga tanah menjadi gembur. Cacing tanah juga membantu pengangkutan sejumlah lapisan tanah dari bahan organik dan memperbaiki struktur tanah.
Richard (1978), seorang ahli tanah yang pernah merangkum penelitiannya dalam buku berjudul “Introduction to the Soil Ecosystem” menyatakan, cacing tanah mampu melakukan penggalian lubang hingga kedalaman satu meter sehingga dapat meresapkan air dalam volume yang lebih besar, serta mengurangi aliran permukaan dan erosi tanah. Dengan begitu, selain mencegah erosi, cacing tanah juga mampu meningkatkan ketersediaan air tanah.
Cacing tanah secara terus-menerus akan:
Mengubah humus menjadi unsur hara yang dapat dimanfaatkan tanaman.
Menggali tanah sehingga menambah udara yang masuk ke dalam tanah.
Meningkatkan struktur tanah dan drainase air.
Membawa ke atas unsur hara dari bagian dalam tanah untuk memberikan
pasokan makanan pada perakaran tanaman.
Apa yang dibutuhkan cacing hanyalah mulsa dan kompos! Namun berhati-hatilah karena pestisida, herbisida dan beberapa pupuk kimia akan membunuh cacing-cacing dalam tanah.
Dengan cacing membuat tanah menjadi sehat dan tanaman sehat juga yang mampu menghasilkan buah yang bagus dan sehat pula.
Cacing makhluk yang sangat aneh, yang disukai berupa bagian-bagian kotor tetapi peranan cacing sangatlah penting sekali, jika di bumi tidak ada cacing apa jadinya bumi ini, banyak sekali kotoran dimana -mana tidak ada yang ada mampu mengurainya.
Dengan demikian, cacing tanah membantu menjaga kelangsungan hidup bumi secara seimbang. Cacing telah memberikan banyak keuntungan bagi makhluk hidup dan lingkungan sekitarnya.
Go green! – warasfarm.wordpress.com