Pernah Bergelar Artis Terkenal, To’ki Kini Hidup Dalam Pondok Usang

GOMBAK: Kepada sebilangan orang, makna kebahagiaan barangkali terletak pada kekayaan yang dimiliki. Tinggal di kediaman besar, memandu kereta mewah dan menikmati gaya hidup sofistikated merupakan harga sebuah kepuasan kepada mereka. Namun, bagi segelintir orang pula, dapat berteduh di sebuah pondok kecil sudah cukup membahagiakan mereka.

Sekalipun, berlindung di pondok kecil serba daif, itu bukan alasan kenapa artis terkenal, To’ki atau nama sebenarnya, Mohd Zaki Mansur tidak boleh mengecap kebahagiaan.

Sejak lebih setahun lalu, pondok kecil di pinggir hutan di Batu 12 Gombak, Selangor menjadi tempat berteduh buat penyanyi yang pernah mengecap populariti menerusi lagu Biasan dan Seni Berzaman itu.

Tidak pernah mengeluh, jauh sekali menyesali ketentuan takdir, To’ki, 53, yang setia ditemani isteri tercinta, Sharifah Fairuz Syed Yusof, 48, bersyukur kerana masih memiliki tempat berlindung.

“Saya bina pondok ni sejak tiga tahun lalu lagi sebenarnya (tetapi) duduk sini dalam setahun lebih. Walaupun nampak macam ini (serba kekurangan) tetapi saya damai bersama isteri,” kata To’ki berkongsi cerita mengenai fasa hidup yang sedang dilaluinya.
Pondok kecil ini diibaratkan To’ki seperti syurga buat dia dan isteri. – Gambar Astro AWANI

Meninjau ‘kediaman’ To’ki pada Isnin, krew Astro AWANI turut berkesempatan mendasari emosi seniman berjiwa besar ini.

Kata To’ki, biar apa sekalipun persepsi masyarakat terhadap kehidupan serba kekurangannya, namun,
teratak kecil ini baginya saling tidak ubuah sebuah ‘syurga’ buat dia dan isteri.

Pondok kecil yang melindungi mereka berdua daripada panas dan hujan memiliki makna yang sentimental buat To’ki kerana ia adalah hasil kerja tangannya sendiri.

Bukan sekadar menjadi tempat berlindung, pondok serba daif ini juga, kata To’ki menjadi ruang mencari ilham dalam berkarya.

Artikel Berkaitan   Rupa-Rupanya Inlah Yang Dilakukan Rasulullah Apabila Terlewat Solat Subuh..Mohon Kongsikan

Sekalipun menyedari iklim industri muzik tanah air tidak begitu memberangsangkan, namun, aspirasi To’ki dalam berkarya tidak pernah pudar

Dia berikrar untuk kembali bangkit memperkasakan namanya walapun harus berhadapan engan cabaran. Berkarya menerusi nota-nota muzik dan bait-bait lirik satu-satunya kerja yang mampu dilakukan To’ki dan kini punca pendapatannya sangat terbatas.

“Sekarang ini pendapatan saya bergantung kepada jemputan menyanyi di restoran atau majlis-majlis kecil sahaja,” ujarnya. Sharifah Fairuz setia menemani suaminya, To’ki dalam susah dan senang. – Gambar Astro AWANI

Sebetulnya, To’ki tidak begitu gemar untuk terlalu terbuka bercerita mengenai kesulitan hidup yang dilaluinya kerana enggan orang ramai berprasangka.

Sebaliknya, dia lebih senang berkongsi idea dan hasratnya untuk kembali ke industri muzik tanah air untuk memperbaiki taraf kehidupannya itu.

Namun begitu, To’ki mengakui kediaman yang diduduki itu sangat tidak sempurna dan perlu ditambah baik, Tetapi, tegasnya, apa kudrat yang ada padanya memandangkan untuk mengubahsuai pondok itu memerlukan kos dan semua itu tidak berada dalam radar kemampuannya.

Percaya atau tidak, bekalan air harus diangkut sendiri oleh To’ki dari sungai berdekatan. Bahkan, untuk menyelesaikan ‘hajat’ juga terpaksa ke sungai memandangkan pondok kediaman itu tidak memiliki tandas.

“Nak buat macam mana ini sahaja yang termampu,” luah To’ki dalam nada suara yang lemah. Sudahlah diuji dengan kehidupan serba sulit, dugaan tambah berganda buat To’ki apabila pergerakan isterinya terbatas kerana mengalami patah tulang pinggul akibat kemalangan yang dialaminya 10 Jun lalu.

“Paling sukar bila tiap kali nak turun atau naik sebab (tanah) curam. Kalau saya naik kerusi roda sekurang-kurangnya perlu tiga orang (untuk bantu) tolak.

Artikel Berkaitan   “Laaa Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi” Ustaz Didakwa Atas Kesalahan Rogol Dan Liwat Pelajar

“Memang sukar keadaan masa ini, namun saya dan To’ki terima nasib kami. Saya kena sesuaikan diri saya. Itu sahaja yang kami mampu,” celah Sharifah Fairuz pula.

Tambah To’ki, sekiranya ada rezeki, dia mahu mengusahakan pemasangan paip bagi membolehkan bekalan air dipam dari sungai berdekatan ke kediamannya bagi memudahkan urusan kehidupan harian.

“Kalau ada bajet saya nak tarik (pam) air dari sungai ke sini (kediaman) selain tangki air dan tandas, selagi tidak ada semua itu, kami terpaksa turun (ke sungai),” kata To’ki menyuarakan keinginanya.

kredit astro awani