Pernah didakwa ‘gila’, Iqram Dinzly solatkan jenazah Mejar Zahir belakang menteri

Siapa yang tidak mengenali pelakon Iqram Dinzly yang sejak kebelakangan ini kerap tampil dengan pemakaian dan juga video-video pelik di media sosial.


Ramai yang beranggapan bahawa dia mengalami masalah mental dan cuba mencari perhatian media dengan adegan-adegan aneh di hadapan lensa kamera sebelum dimuat naik ke media sosial.

Dia juga telah dilabel sebagai ‘tidak betul’ oleh sesetengah netizen hanya kerana penampilannya yang menyeramkan.

Solat belakang Menteri Pertahanan
Namun begitu, menerusi satu perkongsian daripada seorang pengguna Twitter, dia telah memuat naik sekeping gambar terbaru Iqram Dinzly semasa menunaikan solat jenazah kepada Allahyarham Mejar Zahir Armaya yang juga anak pelawak terkenal, AR Badul.

Menerusi gambar tersebut, jelas sekali terlihat Iqram solat di belakang Menteri Pertahanan Negara semasa jenazah Allahyarham disembahyangkan di Kem Wardieburn Kuala Lumpur sebelum jenazah dibawa ke Tambun,Perak untuk dikebumi.

Mana ada dia gila…
Sehubungan dengan muat naik tersebut, rata-rata netizen mulia berdebat mengenai keadaan sebenar Iqram. Walaupun sudah dijelaskan sebelum ini bahawa dirinya normal, namun masih ada yang mendakwa selebriti tersebut kurang siuman.

Walau bagaimanapun, menerusi ruangan komen di posting tersebut, masih ramai yang menyangkal bahawa pelakon yang pernah membintangi drama Dunia Baru ini bermasalah dan menyatakan bahawa dia seorang yang mudah mesra dan normal apabila berhadapan.