“Pernah Nak Murtad Sebab Tiada Panduan,” Kini Kembali Istiq0mah Kejar Islam

Islam merupakan agama terbesar di Malaysia. Oleh sebab itu, ia menjadi agama rasmi Malaysia dan agama-agama lain bebas dijadikan pegangan.

Jadi, tidak hairanlah jika Islam dianuti oleh pelbagai bangsa tidak hanya tertumpu kepada masyarakat Melayu sahaja. Kerap kita dengar bahawa individu daripada agama lain berhijrah menjadi saudara Islam.

Perjalanan menjadi Muslim sejati

Menerusi perkongsian yang diperoleh di Youtube, seorang lelaki yang memegang status sebagai mualaf telah berkongsi perjalanan hidupnya sebagai seorang Muslim selepas kembali ke agama fitrah.

John Selvaraj yang juga merupakani penceramah telah menceritakan pengalamannya semasa baru-baru memasuki Islam. Menurut Brother John, dia masuk ke dalam agama Islam kerana ingin berkahwin dengan wanita Melayu.

Masuk Islam sebab nak kahwin wanita Melayu

Selepas beberapa ketika, dia tidak dapat menemui wanita Melayu untuk dinikahinya. Ketika itu dia tidak tahu apa-apa tentang Islam dan sedikit demi sedikit cuba untuk mempelajarinya.

Namun, dia seakan hilang punca apabila tiada seorang pun yang sanggup mengajarnya tentang Islam. Dia juga ada menghadiri beberapa tempat untuk belajar, akan tetapi masih tidak dipanggil untuk sesi pembelajaran berkaitan Islam.

Putus asa & nak kembali ke agama sebelumnya

Oleh sebab itu, Brother John telah berniat untuk keluar dari Islam sehingga membuat permohonan di Mahkamah syariah. Menurutnya, keinginan untuk kembali murtad seakan membuak-buak kerana tidak mendapat bimbingan sewajarnya.

Semasa sesi kauseling di mahkamah syariah, dia menyatakan mengapa keinginan balik ke agama sebelumnya semakin kuat sehinggalah dia bertemu seorang lagi pendakwah mualaf yang membawanya kembali ke pangkal jalan.

Tonton video penuh di sini:

Sejak dari itu, dia mulai mempelajari Islam dengan lebih mendalam dan sempurna seperti yang diimpikan. Niat untuk menjadi seorang yang murtad juga sudah terkubur kerana memahami indahnya Islam.

Artikel Berkaitan   “Caprice ada baran dia” Farra Inalis Bagitahu Apa Yg Membuat Dia Terbuka Hati

Sebak dengar perkongsian bro John

Perkongsian yang dibuat oleh Brother John Selvaraj ini benar-benar menginsafkan kerana begitu hebat hatinya diuji oleh Allah S.W.T dan dia masih kuat menempuh dugaan.

Selain itu, warganet turut bersetuju bahawa video yang dikongsikan adalah salah satu kritikan yang harus diambil secara positif oleh pihak-pihak tertentu berikutan urusan menjadi seorang Muslim dirumitkan dengan pelbagai prosedur.

Jangan malu untuk belajar

Kritikan untuk pihak2 tertentu