Pernah Tak Rasa Donut Pisang? Ini Cara Nak Buat, Sangat Recommend!

  • 250 gm tepug gandum
  • 1 sudu besar susu tepung perisa original
  • 5 gm ragi segera
  • 2 biji pisang emas/pisang yang disukai – lenyekkan
  • 50 gm gula pasir
  • 40 gm marjerin
  • 1/2 sudu teh garam
  • 2 biji kuning telur
  • 2 titik esen vanila
  • gula yang dikisar – untuk salutan
  1. Masukkan tepung gandum,gula,susu tepung,ragi segera dalam mangkuk besar dan gaulkan sebati.
  2. Kemudian,masukkan pula pisang ,kuning telur dan uli hingga menjadi doh yang lembut.
  3. Masukkan pula mentega,esen vanila serta garam dan gaulkan hingga doh sebati.Tutup dengan platic wrap supaya doh naik 2 kali ganda dan rehatkan doh selama 45 minit.
  4. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian kecil dan lubangkan di tengah2 nya seperti bentuk donut/boleh juga gunakan acuan donut.
  5. Susunkan donut diatas dulang dan rehatkan lagi donut tersebut supaya naik 2 kali ganda lagi dalam 30 minit.
  6. Akhir sekali,panaskan minyak dalam kuali dan goreng donut hingga keperangan. Angkat dan toskan.
  7. Salutkan dengan gula pasir yang telah dikisar.

Artikel Berkaitan   Resepi Ringkas Tapi Sedap Sambal Telur Rebus Manis