Penculikan itu bukanlah satu perkara yang biasa dan ia sempat dirakamkan oleh pemilik safari iaitu Kurt Schultz.
Menurutnya, babun tersebut pada awalnya dilihat resah dan gelisah sebelum memanjat pokok dan membawa sesuatu.
Disangkakan babun tersebut adalah babun betina dan membawa anak babun, rupanya ia adalah seekor babun jantan dan membawa anak singa.
Menariknya, babun itu juga dilihat menjaga dan menguruskan anak singa itu sama seperti anaknya sendiri.
Schultz yang sudah 20 tahun berada di Afrika belum pernah melihat kejadian seumpama ini berlaku dan ia merupakan pengalaman pertamanya.
Sumber: Insider