“Pertama Nak Marah, Kepada Sesiapa Yang Asyik Kacau Nombor Telefon” Wafa Berang Pengurus Sering Diganggu Panggilan Misteri

KUALA LUMPUR, 2 Sept ― Pernah diugut disimbah asid kerana lakonan mantap menerusi drama 7 Hari Mencintaiku 2, pelakon Wafariena Roslan atau Wafa sekali lagi berdepan karenah peminat fanatik.

Terbaharu, Wafa mendedahkan pihaknya sering menerima panggilan telefon daripada individu tidak dikenali sehingga menjejaskan kehidupan seharian.

Jelas Wafa, nombor telefon berkenaan adalah bukan miliknya tetapi merupakan milik pengurus yang mengendalikan karier seninya.

“Pertama nak marah, kepada sesiapa yang asyik kacau nombor telefon di bio (Instagram) itu sebenarnya bukan nombor Wafa. Itu nombor pengurus.

“Jadi, kalau anda asyik mesej, callvideo call, Ya Allah tolonglah itu bukan nombor Wafa. Pengurus dah maklum semua ni jadi Wafa kesian kerana dia memang banyak kerja dan tertekan.

“Tolonglah hentikan dan jangan cakap saya berlagak. Itu bukan nombor saya,” katanya menerusi video dimuat naik di Instagram.

Wafa yang merupakan anak kelahiran Pulau Pinang mula terkenal selepas membintangi drama 7 Hari Mencintaiku 2 arahan pengarah Jamal Khan.

Lakonan mantap menerusi watak Nurul Ain turut menyebabkan Wafa menerima pelbagai kritikan selain dimaki malah pernah diugut disimbah asid oleh individu tidak dikenali.

Selain berbakat dalam bidang lakonan, Wafa yang bernaung di bawah syarikat MAP Music juga memiliki suara lunak dan telah mengeluarkan single pertama berjudul Carilah Aku.

kredit projekmm

Artikel Berkaitan   Didakwa Mengendap Seorang Wanita Dalam Pawagam, Lelaki Ini Dijatuhkan Hukuman