Perumpamaan Macam Tidak Kena, Fynn Jamal Buat Netizen Berang

KUALA LUMPUR, 28 Jun — Pengikut laman sosial Instagram berasa terganggu dengan perkongsian Instagram Stories penyanyi Fynn Jamal berhubung pandangannya berkenaan isu seks dan rogol dari sudut Islam.

Menurut Twitter penyampai Astro Arena, Dayang Atul, dia tidak dapat menerima kenyataan penyanyi Arjuna Beta itu bahawa seorang isteri perlu ‘bersiap sedia’ melayan nafsu seks suami dan menyifatkan penanan wanita dalam hal itu seperti seorang anggota ‘bomba’.

Tangkap layar dikongsikan Dayang itu menceritakan kefahaman Fynn berdasarkan kuliah agama yang pernah dihadirinyaddan disampaikan oleh seorang ustaz Khalid Basalamah.

Menurut Fynn, nama sebenar Nur Affina Yanti Jamalludin, 38, air mani dikatakan berasal dari elemen api. Selagi ia tidak ‘dipadamkan’, seseorang lelaki itu kononnya tidak boleh berfikir dan akan berada dalam keadaan resah.

“Oleh itu isteri-isteri sekalian – faham dah kenapa amatlah penting kita menjadi bomba kepada ‘api’ sang suami,” tulis kenyataan Stories tersebut.

Dilihat marah, Dayang menyoal kembali sama ada seseorang perempuan perlu melayani nafsu perogol hanya kerana sedang ‘terbakar’.

“Perogol merogol kerana sedang terbakar dan perempuan kena terima saja?” kata Dayang lagi.

Sependapat dengan Dayang, pengikut Twitternya juga turut mengecam komentar penyanyi tersebut walaupun hujah serta keterangan merujuk Al-Quran dan hadis turut dikongsikan di laman sosial Fynn bagi menjawab isu itu.

Menyifatkan hujah diberi Fynn lemah dan mengelirukan, ada warga maya yang mempersendakan kenyataan beliau lebih-lebih lagi perkara yang membabitkan Nabi Muhammad SAW pada hantaran InstaStories yang lain.

“Kasihan isteri. Sudahlah kerja, buat kerja rumah. Lepas tu nak kena jadi bomba separuh masa pula. Lepas tu nak kena jadi polis pula. Nak siasat laki curang. Susah benar jadi perempuan ni,” tulis Amar Ismail tertawa.

Artikel Berkaitan   “Saya Berbesar Hati Mengucapkan Tahniah Kepada Dia. Dia Ada Jemput Saya Untuk Hadir..”- Zizan Razak

Tidak terhenti di situ, antara pengikut Dayang menggesa agar orang ramai mengikuti sidang video Fynn dengan selebriti Caprice semalam bagi menyelesaikan salah faham yang ditimbulkan.

Terdahulu, Fynn pernah ditegur seorang pendakwah bebas,Musytaq Al-Ashari tentang hukum agama yang dikongsikan penyanyi itu sehingga menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat.

Teguran dibuat kerana penyanyi Terbang Tunduk itu sering menjawab persoalan warga maya di InstaStories dari sudut pandangan Islam menyebabkan Musytaq menasihatinya agar mengaku tidak tahu sekiranya tidak pasti dalam hal-hal tertentu.

kredit projekmm