“Peti Suara Kiri Berdarah,”- Lan Solo Bimbang Urat Tekak Putus, Mahu Ambil Rehat

Penyanyi Lan Solo berkongsi berita cemas apabila peti suaranya mengalami pendarahan.

Kongsi penyanyi lagu Berpisah Tanpa Rela ini, dia sudah mendapatkan rawatan doktor pakar di hospital di Kota Kinabalu, Sabah selepas mengadakan persembahan malam tadi.

“Doc kata peti suara kiri dah berdarah. Peti kanan bengkak dan tunggu masa utk berdarah jugak.

“Dlm masa 10 hari ni kalau LS masih guna vocal vord heavily, boleh menyebabkan urat tekak putus. Ok2 xpa.. Allah ada.. kita cuba!

“Tapi nak say sori awal2 kalau hari ni tak jawab fon call, tak bercakap bila jumpa di mana2.

“LS cuma perlu rehatkan peti suara buat seketika. Doakan LS ya,” tulisnya.

Sementara itu, netizen turut bersimpati atas nasib yang menimpa Lan atau nama penuhnya Mohd Razlan Mohd Yusof.

Terdahulu, Lan mengadakan konsert mininya di Sabah malam tadi.

(Visited 76 times, 1 visits today)