Petua Mujarab Hilangkan Kesan Kunyit Pada Blender. Kepada Suri Rumah Hal Ni Sangat Stress

Mesin pengisar memang mudah bertukar kepada warna kekuningan apabila kita mengisar kunyit. Untuk menghilangkan kesan kekuningan tersebut, apa kata anda cuba petua berikut…

Petua Bersihkan Kesan Kunyit Dalam Alat Pengisar

Titiskan beberapa titik bahan cuci peluntur ke dalam ‘blender’ atau alat pengisar berkenaan. Lepas tu goncangkan beberapa kali sehingga warna kekuningan tu kelihatan mulai luntur atau semakin pudar. Setelah itu gosokkan pula bahagian yang kekuningan tu dengan hampas kelapa atau kulit limau nipis. Dengan cara ini, kesan kekuningan tu akan mudah hilang dan mesin pengisar tu akan kelihatan lebih bersih berseri.

(Visited 1,580 times, 1 visits today)