Nak jadi cantik, tak semestinya korang perlu labur duit beribu-ribu semata-mata untuk mendapatkan produk kecantikan jenama terkenal.
Sebenarnya, dari zaman mak kita dulu-dulu dah ada petua nak cantikkan kulit dengan hanya menggunakan bahan yang ada di rumah.
Macam apa yang dikongsi oleh saudari Marina Saringat ini, tip untuk pudarkan jeragat dan kurangkan whitehead menurut petua orang dolu-dolu..
Bahan-bahan dan cara menyediakannya:
1. Sebiji limau tak kisah sama ada limau kasturi/purut/lemon (kalau lemon, hiris dengan halus sebab hanya diperlukan jusnya sahaja).
2. Satu sudu kecil tepung gandum. Kalau tak ada, guna tepung beras pun boleh. Asalkan berasaskan tepung.
3. Perahkan jus limau dan campurkan bersama tepung.
4. Gaul sebati.
Cara menggunakannya:
1. Pastikan sebelum lumur pada muka, bersihkan muka terlebih dahulu. Kemudian, barulah tepek perlahan-lahan di seluruh bahagian muka.
2. Amalkan tiga kali seminggu dan pakai dengan konsisten. Nanti lama-lama korang akan nampak whitehead berkurangan, jeragat memudar dan lama kelamaan kulit pun jadi bersih.
Tapi, just nak ingatkan pada peringkat permulaan korang pakai akan rasa pedih sikit. Tunggu sehingga 15 minit atau kalau pakai waktu malam sebelum tidur, teruskan pakai hingga pagi pun tak jadi masalah.
Selamat mencuba!
VIDEO:
Sumber: Remaja