Pihak Berkuasa Terkejut 1,400 Bahagian Haiwan Liar Dijadikan Upacara Sihir Dan Pemujaan Oleh Penduduk Ini

BOGOTA: Pihak berkuasa Colombia merampas sebanyak 1,400 bahagian haiwan liar untuk upacara sihir dan azimat dari kedai di sekitar Candelaria, semalam.

Antara bahan rampasan adalah 442 ular orok-orok, 128 gigi mamalia, 23 tapak kaki tapir, tengkorak kucing, kepala burung Toucan serta 12 utas rantai diperbuat daripada anggota badan monyet.

Bahagian berkenaan dari haiwan yang ditangkap di Amazon atau dari rantau Colombia lain dan dijual secara haram untuk upacara.

Pegawai Kanan Persekitaran Bogota, Oscar Lopez dalam kenyataannya kepada media hari ini berkata, pihak berkuasa turut merampas benih yang dikutip dari hutan semula jadi tanpa izin.

Menurut Lopez, pembunuh upahan, perompak dan penjenayah menghasilkan azimat untuk melindungi diri dari ditembak.

Di Colombia, individu yang didapati bersalah menjual atau menyeludup haiwan liar berdepan hukuman penjara sehingga lapan tahun dan denda mencecah jutaan dolar. – AFP

Artikel Berkaitan   Bukan Senang Nak Kawal Kemarahan, Ini Cara Rasulullah Ajar Umat Islam Semasa Marah