“PKP Bagus Untuk Anak-Anak Saya Kerana Kita Sentiasa Ada Di Rumah, Dan Saya Rasa Ia Menghubungkan Kami”- Diana Danielle

Datin Diana Danielle atau lebih mesra dipanggil D berasa bersyukur, walaupun dalam suasana wabak Covid- 19 yang menyebabkan kita semua terpaksa melalui Perintah kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut Diana, inilah masanya keluarga berkumpul dan berhubung dengan lebih baik antara satu sama lain.

“Our cosy little hut with our cosy little people. PKP sungguh bagus untuk anak-anak saya kerana kita sentiasa ada di rumah, dan saya rasa ianya telah menghubungkan kami dari pelbagai segi.

 

“Namun begitu, saya faham ianya bukanlah perkara yang mudah untuk semua orang dan kita semua melalui kesukaran yang berbeza-beza,” tulis Diana.

Tambah Diana, dia sangat bersimpati kepada mereka yang terpaksa melalui kesukaran terutamanya yang terkait dengan Covid- 19 dan tentunya juga dengan Perintah kawalan Pergerakan (PKP) ini.

kredit gempak