PKP Dilanjutkan, Rakyat Malaysia Akan Berpuasa Di Rumah, Abang Botak Main Decoder Buat Netizen Terhibur

Semalam Perdana Menteri kita telah pun membuat pengumuman mengenai tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang sepatutnya tamat pada 14 April namun dilanjutkan sehingga 28 April ini. Berdasarkan tarikh tersebut nampaknya rakyat Malaysia yang beragama Islam akan menyambut bulan Ramadan dalam suasana berbeza sekali dari sebelum ini.

Tahun ini solat terawikh hanya di rumah nampaknya

Walaubagaimanapun itu semua jika, hari mendatang tiada siapa yang akan tahu situasinya. Sebagai manusia yang bertanggungjawab kita harus mematuhi arahan dan saranan yang disediakan kerajaan. Sama-sama kita memutuskan rantaian wabak ini.

View this post on Instagram

Tak sangka lagu raya boleh pakai recoder. #SINARkongsi

A post shared by SINAR (@sinar_my) on

Namun begitu di sosial media, ada satu video seorang lelaki yang main recoder lagu raya telah menjadi tular. Rakaman lelaki tersebut yang pada awalnya nampak sangat meyakinkan, namun di hujungnya memang boleh berdekah.

Video yang dikongsikan semula oleh laman Instagram Sinar_my ini telah meraih perhatian ramai. Mungkin niat lelaki ini hanya untuk menghiburkan orang ramai yang kebosanan duduk di rumah. Video tersebut telah meraih lebih 37 ribu tontonan dan 3 ribu likes.

Rata-rata netizen meninggalkan reaksi mereka mengenai video lelaki main recoder lagu raya ini di ruangan komen seperti berikut:

“Hahahah aku agak dah. Tengok jari pegang pun tau hahahha”

“Kawan2 aku habis pakat menangis dengar lagu raya ni sebab dia punya bunyi tu sedih lain macam”

“Tahun ni tolong ye radio2 semua.. Tolong jangan pasang lagu raya kalau PKP tu sambung sampai lepas raya”

kredit HCL

Artikel Berkaitan   “Kau Sepatutnya Milik Aku” – Bercinta 6 Tahun, Lelaki Meratap Tengok Teman Wanita Nikah Dengan Orang Lain Sebab…