Pokok Genggam Fatimah – Petua Tradisional Untuk Memudahkan Proses Bersalin

Pokok Genggam Fatimah atau nama saintifiknya, Selaginella lepidophylla adalah tumbuhan herba gurun dalam keluarga spikemoss. Pokok Genggam Fatimah terkenal kerana keupayaannya hidup meskipun dalam cuaca panas dan kekeringan.


Dalam perubatan tradisional, Genggam Fatimah mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan wanita secara keseluruhannya. Namun, penggunaan pokok genggam fatimah ini masih tidak mendapat pendedahan yang cukup.

Melalui perkongsian saudara yang amat meminati perubatan dan pokok-pokok tradisional ini, beliau turut berkongsi khasiat yang wanita boleh dapat terutamanya memudahkan proses bersalin.

POKOK GENGGAM ATAU SANGGUL FATIMAH (ORANG ARAB PANGGIL KAF MARYAM)

KHASIATNYA

  • Untuk membuka pintu rahim
  • Untuk memudahkan proses dan melancarkan bersalin (dengan izin Allah)

CARA GUNA

Rendam semalaman atau 1-3 hari di dalam bekas berisi air biasa. Air rendaman tu dijadikan air selusuh. Sanggul Fatimah ini akan mengembang. Air rendaman tu biar berlebihan tak apa, untuk diminum jangka masa yang panjang. JANGAN RENDAM DENGAN AIR PANAS ATAU DIREBUS. Dipercayai akan mengecutkan rahim dan menutup pintu laluan. INI AKAN MENYUKARKAN PROSES BERSALIN ITU NANTI.

  • Ketika kandungan berusia 38 minggu, minum segelas sehari dimulakan dengan bacaan Bismillah, doa makan dan selawat 3x.
  • Ketika kandungan berusia 39 minggu ( 9 bulan ) minum 2x sehari. Dimulakan dengan bacaan Bismillah, doa makan dan selawat 3x.
  • Ketika dah keluar tanda, mandi dengan membasahkan kepala. Dan Jiruskan air rendaman ni di kepala, hisaplah air yang mengalir itu sambil berdoa :

” Ya Allah, permudahkan dan licinkanlah kelahiran aku ini seperti mana lancarnya air ini mengalir ke atas rambutku ini.. Amin.. “

Semasa menunggu construction atau sudah di dalam labour room, minumlah sekerap yang mungkin.

KAEDAH PENJAGAAN POKOK INI?

Akar / Bunga / Sanggul ni jemur kering selepas digunakan kemudian disimpan ditempat yang teduh atau di dalam bekas berpenutup yang bersih.

JANGKA HAYAT?

Boleh tahan bertahun-tahun dan boleh digunakan berulang-ulang kali.

Ada cara lain nak guna, selain diminum?

  • Boleh disapu ke perut atau dibuat mandi. Dalam perubatan tradisional arab mau pun melayu, sanggul Fatimah digunakan bagi menambah tenaga.

KEGUNAAN LAIN

  • Keputihan, Sengugut, Mengimbang Perjalanan Haid, Mengembalikan Kekuatan Tenaga, Mengecutkan Rahim selepas Bersalin, Menyembuhkan Sakit Pinggang, Melawas Pembuangan Air Besar dan Kecil, Memberi Ketahanan Badan dan Kulit, darah tinggi, kencing manis, menurunkan kadar kolesterol dalam darah, menyembuhkan sakit sendi, pelawas ( duretik ), merawat kebas-kebas kaki dan jari, membuang angin dalam badan, menurunkan paras asid urik dalam badan (mengawal penyakit gout).

CARA PENGGUNAAN

  • 1 pokok dibasuh bersih
  • Direbus dengan air anggaran 1.5 liter sehingga mendidih
  • Minum 1 cawan 2 kali sehari
  • Ulang rebusan sehingga hilang warna
  • Gantung dan jemur semula selepas guna

* Tumbuhan ini hanyalah ikhtiar tradisional. Yang menyembuhkan tetaplah Allah. Apa yang penting adalah untuk mendapatkan nasihat pakar dahulu sebelum mencuba tau!

Sila tonton video di bawah –  Karteldakwah

Sumber: Abi Chai