Polis Sedang Memburu Suspek Ini Yang Terlibat Dengan Jenayah Membunuh. Orang Awam Diminta Beri Bantuan

Polis sedang mengesan seorang lelaki untuk hadir ke Mahkamah Shah Alam bagi memberi keterangan berhubung kes bunuh yang berlaku di Bestari Jaya, 9 Mac lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Deputi Superintendan Noorjanihan Nanyan berkata, lelaki tersebut dikenali sebagai N.Murugan berusia 33 tahun.

Katanya, alamat terakhir lelaki tersebut adalah No 1-12 Flat Taman Hussien 28700 Bentong, Pahang.

“Lelaki itu dikehendaki menghadiri satu perbicaraan kes bunuh yang akan dijalankan di Mahkamah Tinggi Jenayah 1 Shah Alam pada 4 Oktober ini.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Muhamad Rozaini Rosmin di talian 013-6107036,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. -K! ONLINE

Artikel Berkaitan   “Jangan Beli Cili Yang Datang Daripada Vietnam” Ini Puncanya Kerajaan Meminta Semua Pihak Berhati-Hati