Polis Tanpa Berlengah Terus Menahan Aktivis Parti Sosialis Ini Kerana Menghina Agong Dan Permaisuri

Polis telah menahan Ketua Pemuda Parti Sosialis Malaysia (PSM) Khalid Ismath berhubung dakwaan menghina Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di laman sosial.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi  Asisten Komisioner Mohd. Fahmi Visuvanathan Abdullah, ketika dihubungi mengesahkan perkara berkenaan.

Beliau berkata, suspek ditahan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian D5, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman. Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, pihaknya telah menerima laporan berhubung kes itu.

Berikutan itu, polis telah membuka siasatan di bawah Seksyen 4, Akta Hasutan 1948.
Tunku Azizah dilaporkan telah menyahaktif akaun Twitter rasmi milik baginda berikutan komen negatif daripada netizen. – Bernama

(Visited 358 times, 1 visits today)