“Posing Aafiyah kalah ibu..” – Netizen

Penantian selama hampir 11 tahun menantikan zuriat, menjadikan Aafiyah buah hati kesayangan yang melengkapkan lagi kehidupan Tokti dan Dato’ Seri Khalid. Seindah nama Aafiyah yang bermaksud perlindungan Allah bagi hambaNya daripada pelbagai penykit dan bncana yang telah berlalu mahupun akan datang didunia dan akhirat, kehidupan Tokti dan juga suami semakin bertambah seri dengan kehadiran Aafiyah.

Walaupun memperoleh Aafiyah di usia agak lambat namun Tokti berazam untuk menjadi seorang ibu yang mampu memberikan ilmu dan didikan agama yang secukupnya buat Aafiyah. Beliau juga berhasrat untuk memantapkan ilmu keibubapaan bagi memberikan yang terbaik buat Aafiyah.

Ragam dan gelagat Aafiyah sentiasa mencuri tumpuan. Anak kepada penyanyi bersuara emas ini telahpun menginjak usia 2 tahun pada Mac lepas, keletah Aafiyah yang semakin bijak amat dikagumi oleh para peminat Tokti. Ada sahaja gelagat yang mencuit hati antara dua beranak ini. Permata hati Tokti ini juga sudah semakin selesa beraksi dihadapan kamera.

Memuatnaik beberapa keping gambar terkini diinstagram bagi mempromosikan pakaian yang dijual dibutik Creation miliknya, Tokti bergaya dengan kombo persalinan ibu dan anak menampilkan model cilik Aafiyah.

Aafiyah dan Tokti yang berpakaian berwarna kuning sedondon itu mencuri tumpuan para netizen kerana aksi Aafiyah yang sangat pandai bergaya di hadapan kamera. Dengan sebelah tangan yang mencekak di pinggangnya, lagak dan gayanya tidak ubah seperti ibunya.

View this post on Instagram

Pelanggan setia creacion yang kami hormati sekalian . Kita masih dalam mood raya ni anda masih boleh beli belah bersama kami di butik creacion. lihatlah kombo kami ibu dan anak dalam persalinan MELATI DRESS dan BABY MELATI DRESS ini . Best kan dapat sedondon dengan anak tersayang ? . Hadir dalam 3 rona warna pastel menarik dan terang . Datanglah ke butik berhampiran anda dan petugas akan bantu buat ukuran badan supaya dapat buat pilihan size bersesuain untuk anda . Jadi cepat apa tunggu lagi buat pembelian segera . Rekaan ini juga boleh didapati di dalam web rasmi www.creacion.com.my Nikmati 20% diskaun apabila membuat pembelian keatas semua koleksi raya terbaru 2020. Promosi sah sehingga 7 jun 2020 sahaja! Koleksi diatas pun termasuk dalam promosi ini. Pada yang tidak sempat membeli secara online boleh lawati semua cawangan creacion berhampiran anda !! #jualan #bajuraya #warisan #koleksibaru #wanita #jubah #corak #raya

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Para pengikut Instagram Tokti bukan sahaja tertarik dengan pakaian yang di gayakan mereka, malahan para netizen sangat geram dengan aksi manja Aafiyah menjadi model dengan gaya yang memikat hati. Tidak lain tidak bukan pastinya Aafiyah mewarisi bakat tersebut daripada ibunya.

Aafiyah bertuah dilahirkan di dalam sebuah keluarga yang dilimpahi kasih sayang. Para pengikut Tokti juga sangat menyayangi dirinya. Bukan sahaja geram dengan wajah comelnya malahan gelagatnya yang sangat bijak sering mencuit hati para peminat.

Bukan main lagi yaa Aafiyah posing, kini sudah boleh mengalahkan ibunya. Lepas ni boleh jadi model rasmi Simplysiti dan butik Creation yaa Aafiyah.