Pramugara Hulur Suratkhabar Jawi Smbil Senyum, Siap Makcik Sebelah Pun Tanya ‘Amy Reti Ke Baca Jawi’

” Kat tepi tu ada parit yang aku pernah jatuh kat dalam tu. Nasib baik tak ptah kaki. Arwh ayah aku selalu akan pesan beli surat khabar Jawi. Surat kabar Jawi ni Singapura haramkan dan tak di benarkan bawak masuk. Jadi aku seludup selitkan dalam buku teks aku”

Demikian perkongsian vokalis kumpulan rock legenda, Amy Search berkongsi pengalaman pernah ‘menyeludup’ akhbar bertulisan Jawi ke Singapura, ketika zaman persekolahan.

Ujar vokalis kumpulan Search itu, pada tahun 1971 dia menetap di Sembawang, Singapura bersama keluarganya tetapi bersekolah menengah di Sek Men Dato Jaffar, Johor Bahru.

Mengimbas kenangan pada zaman itu, Amy berkata dia dan rakan-rakan akan menaiki bas sampai ke Woodland, Singapura dan berjalan kaki dari Tambak Johor sampai ke sekolah.

Pada masa itu, kata Amy, arwh bapanya akan berpesan supaya membelikan akhbar Jawi di Johor Bahru, yang dihar4mkan dibawa masuk oleh kerajaan Singapura.

” Berani lah juga aku demi untuk ayah aku yang tercinta. Dihar4mkn sebab kerajaan Singapura takut kalau ada penulisan yang menghasut atau sewaktu dengannya.

” Korang bayangkn berapa batu aku jalan untuk smpai ke Sek Dato Jaffar tu. Balik pun macam gitu jalan kaki sampai check point Woodland tahan naik bas sampai umah.

” Tapi sebelum teruskan berjalan kitorang beli pisang. Layan pisang goreng dengan kerak tepong tu.” kongsinya di laman Instagram.

Bagi Amy, untuk orang Johor membaca Jawi merupakan perkara lumrah seperti membaca akhbar bertulisan rumi, malah di sekolah agama juga diajar menulis dalam Jawi.

” Untuk aku tulisan Jawi tu dah kira sebahagian budaya kita juga.

Artikel Berkaitan   Langgar Pemuda Sampai ‘Terbang’ Ke Atap Bengkel, Pemandu Kereta Positif Dadah

” Ada satu peristiwa, masa tu dalam flight nak baca surat khabar tapi yang tinggal surat khabar Jawi.

” Pramugara bagi aku surat khabar Jawi sambil senyum sebab dia ingat mesti aku tengok gambar je la kan, tak reti baca Jawi. Hihihi lu apa barang. Ini bukan sembarang barang.

” Ini barang Bakobatu (Bakar Batu) tau. Budak Joho ok. Makcik sebelah pun tanya aku, ‘Amy reti ke baca Jawi’. Aku jawab reti tapi laju macam kapal terbang ni. Hidup Jawi sebab Jawi itu sebahagian hidup kita,” kata anak jati kelahiran Bakar Batu, Johor itu.

Selain itu Amy juga bercerita mengenai kisahnya berulang alik dari Singapura ke Johor melalui Tambak Johor, yang sentiasa sesak.

” Cerita causeway jem memang dah berzaman dari dulu sampai sekarang pun masih macam tu juga. Ia dah kira macam culture (budaya),” kata Amy yang turut berkongsi gambar kenangan ketika zaman berkenaan.