Punca Sijil Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Dibatal, Apa Nasib Orang Miskin – Najib

Kerajaan batal AIM

KUALA LUMPUR: Kerajaan kini menyediakan dokumen yang diperlukan sebelum memulakan prosedur pembatalan sijil Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

Tindakan itu adalah berdasarkan Seksyen 17 (2) Akta Pemegang Amanah 1992 kerana badan berkenaan tidak memenuhi syarat Suratcara Ikatan Amanah terutama dalam penubuhan anak syarikat.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin, berkata AIM sepatutnya membantu isi rumah termiskin, namun berlaku pelanggaran undang-undang oleh pentadbiran terdahulu.

“Kita dapati banyak percanggahan dalam AIM sehingga laporan kewangan AIM bagi 2015-206 pun tidak pernah dikemukakan.

“Untuk membantu orang miskin pun banyak sangat masalah yang ditimbulkan oleh kerajaan terdahulu,” katanya pada sesi pertanyaan menteri (MQT) di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Akmal Nasrullah Mohd Nasir (PH PKR-Johor) mengenai langkah diambil kerajaan terhadap AIM yang tidak memenuhi syarat Suratcara Ikatan Amanah terutamanya dalam penubuhan anak syarikat.

Mohamed Hanipa berkata, kerajan tidak akan mengenepikan kebajikan merkea yang menerima bantuan AIM khususnya golongan B40 dan wanita.

“Jangan risau, biarpun kita batalkan AIM sekali pun, kita tidak akan mengabaikan bantuan diberi kepada orang miskin.

“Bagaimanapun, pihak yang didapati melanggar peraturan perlu dikenakan tindakan undang-undang,” katanya – Berita Harian

Kerajaan sediakan dokumen mula prosedur pembatalan sijil AIM

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang menyediakan dokumen yang diperlukan untuk memulakan prosedur pembatalan sijil Pemerbadanan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) kerana tidak memenuhi syarat-syarat Suratcara Ikatan Amanah terutamanya dalam penubuhan anak-anak syarikat.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin berkata, berdasarkan Surat Ikatan Amanah 26 April 2012 klausa 3(c), penubuhan anak syarikat adalah tidak dibenarkan.

Beliau berkata, dalam hal ini menteri melalui Seksyen 171 (c) Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 (Akta 258) boleh membatalkan Sijil Pemerbadanan AIM sekiranya didapati melaksanakan aktiviti yang bercanggah dengan objektif sebagaimana dinyatakan melalui Surat Ikatan Amanah.

“AIM ini tujuan membantu isi rumah termiskin tapi nampaknya ada juga pelanggaran undang-undang oleh kerajaan sebelum ini… memang wujudnya anak syarikat walaupun tidak dibenarkan,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Mohamed Hanipa menjawab soalan Akmal Nasrullah Mohd Nasir (PH-Johor Bahru) yang ingin tahu langkah yang telah diambil terhadap AIM yang tidak memenuhi syarat-syarat Suratcara Ikatan Amanah dalam penubuhan anak-anak syarikat.

Menjawab soalan tambahan Akmal Nasrullah, Mohamed Hanipa memberi jaminan bahawa kerajaan tidak akan mengenepikan golongan termiskin yang menerima pinjaman AIM sekalipun ia dibatalkan. – Bernama

Isu Amanah Ikhtiar akan diselesaikan dengan baik – Anwar

ALOR SETAR: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan isu pembatalan Sijil Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) akan diselesaikan secara baik bagi semua pihak.

Artikel Berkaitan   Anwar Ibrahim Dakwa Kerajaan Sengaja Lakukan Darurat Untuk Kekal Berkuasa Dan Mencurangi Demokrasi

Pembatalan itu, katanya berikutan terdapat pelanggaran undang undang bagi sijil tersebut ketika pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Bagaimanapun perusahaan kecil dan di peringkat bawahan harus diberikan pertimbangan yang sewajarnya terutama bagi golongan pengusaha Melayu dan Bumiputera.

“Saya percaya perkara ini akan diselesaikan dengan baik kerana Amanah Ikhtiar itu saya juga yang mulakan dulu dan maksudnya kan membantu peringkat bawahan kecil, beberapa pelanggaran yang disebut timbalan menteri harus diselesaikan tetapi tidak harus jejaskan kepentingan,” katanya pada Majlis Perasmian Penutup Konvesyen Kepimpinan Pakatan Harapan (PH) Negeri Kedah ‘Kerajaan Kedah: Cabaran & Harapan’ di Dewan Seri Mentaloon di sini hari ini.

Sebelum ini Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamad Hanipa Maidin menyatakan hasrat untuk membatalkan sijil AIM.

Menurutnya, ianya berikutan wujudnya percanggahan dalam AIM termasuklah tidak mengemukakan Laporan Kewangan AIM bagi 2015-2016 – Astroawani

SHAH ALAM – Jawapan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin berhubung pembatalan sijil Amanah Iktihar Malaysia (AIM) dalam sidang Dewan Rakyat semalam, adalah berkaitan penubuhan anak-anak syarikat sahaja, bukannya penutupan operasi AIM secara keseluruhan.

Pengerusi Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Datuk Junaidah Kiting berkata, pihaknya secara prinsip memandang serius bahawa kerajaan akan memulakan prosedur pembatalan Sijil Pemerbadanan AIM kerana tidak memenuhi syarat-syarat Suratcara Ikatan Amanah terutama dalam penubuhan anak-anak syarikat.

Beliau berkata, sebagai sebuah badan amanah persendirian yang ditubuhkan sejak September 1987, pengurusan AIM sentiasa mengambil perhatian terhadap apa juga isu melibatkan soal integriti dalam setiap aspek tadbir urus badan berkenaan.

“Bagaimanapun, AIM sentiasa terbuka dan memberikan kerjasama penuh kepada kerajaan untuk melaksanakan proses undang-undang sekiranya terdapat unsur meragukan dalam penubuhan anak-anak syarikat yang tidak mengikut syarat Surat Ikatan Amanah 26 April 2012 dibawah Klausa 3(C),” katanya dalam satu kenyataan.

Junaidah menegaskan, pengurusan baharu AIM ketika ini tidak akan bertolak-ansur dengan mana-mana pihak sekiranya wujud amalan ketirisan, penyelewengan atau penyalahgunaan dana AIM yang berlaku semasa pentadbiran lalu.

Pada masa sama katanya, AIM sedang berusaha menyiapkan laporan lengkap dan akan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut dalam tempoh terdekat, sekali gus memberikan ruang kepada undang-undang mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana yang terlibat.

“AIM juga akan mengemukakan laporan sama untuk perhatian Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bagi memastikan hala tuju AIM tidak tersasar daripada matlamat asalnya membasmi kemiskinan menerusi kemudahan pembiayaan keusahawanan,” katanya.

Junaidah berkata, AIM ketika ini sedang giat melaksanakan agenda utama membantu meningkatkan sosioekonomi rakyat miskin dan berpendapatan rendah menerusi program pembiayaan aktiviti meningkatkan pendapatan, keusahawanan, bimbingan dan latihan di seluruh negara – Sinar Harian

Artikel Berkaitan   Ingatkan Marketing Je Hebat! Rupanya2 Sekali Pakai Bersepah Lipas, Nyamuk, Lipan Mati. Memang Berkesan

Bubar AIM: Apa nasib orang miskin, soal Najib

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan kerajaan PH sebagai tidak adil kepada masyarakat luar bandar dan hanya menjadi kerajaan untuk kroni sahaja.

“Setelah melihat langkah-langkah dan dasar-dasar kerajaan PH, saya pernah bertanya di Dewan Rakyat jika kerajaan ini ialah kerajaan untuk orang bandar, orang kaya dan kroni-kroni sahaja.

“Nampaknya, jawapan sudah jelas dan nyata,” katanya dalam perkongsian di laman sosial Facebook miliknya, hari ini.

Najib memuat naik status itu sebagai maklum balas kepada pengumuman kerajaan yang berhasrat membatalkan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

Ahli Parlimen Pekan itu turut berkongsi kesedihannya dengan tindakan kerajaan, hari ini.

“Selepas ini ibu miskin di kampung nak pinjam (duit) dari siapa? Dari ah long?

“Saya amat sedih melihat bantuan untuk golongan miskin terus dimansuhkan atau dikurangkan.

“Pada masa yang sama, golongan yang kaya dan peniaga-peniaga yang sering mengelak cukai mendapat manfaat daripada langkah seperti menghapuskan GST (cukai barangan dan perkhidmatan) dan pemberian dana kepada pihak swasta seperti dana R&D (penyelidikan dan pembangunan) yang berbilion-bilion tingginya,” katanya.

Najib berkata, apa salahnya untuk kerajaan memberi sedikit bantuan kepada penduduk miskin di luar bandar untuk membiayai aktiviti perniagaan kecil-kecilan untuk tambah pendapatan mereka.

“Peratusan bayaran balik adalah tinggi pada 98.26 peratus, jelas menunjukkan kebanyakkan orang miskin dan orang kampung adalah jujur. Oleh itu, mengapa nak batalkan?

“Setiap bajet tahunan saya tambah dana untuk AIM. Walaupun tiada tambahan dalam belanjawan 2019 tetapi tak sangka saya mereka mahu batalkan AIM,” katanya.

Terdahulu Najib memberitahu, program AIM telah dijalankan bertahun-tahun dan sudah membantu berjuta rakyat miskin terutama di luar bandar bagi tingkatkan pendapatan mereka.

“Saya percaya ramai rakyat Malaysia hari ini pernah menerima manfaat dari AIM dan tahu betapa objektif AIM berjaya dicapai mengeluarkan golongan miskin keluar dari kepompong kemiskinan.

“AIM sudah dibuktikan sebagai satu inisiatif yang boleh dan dapat membasmi kemiskinan tegar dan mengurangkan jurang pendapatan antara yang kaya dengan miskin dan antara bandar dan luar bandar,” katanya.

Najib turut mempersoalkan tentang alasan kerajaan hendak membubarkan AIM.

“Alasan yang diberi oleh kerajaan PH untuk membatalkan AIM ialah kerana wujudnya pelanggaran undang-undang oleh pentadbiran terdahulu. Apa sebenarnya kesalahan ini juga tidak dinyatakan.

“Jika tuduhan-tuduhan ini betul, ambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang bersalah dan perbetulkan pentadbiran AIM, bukan dengan membatalkan AIM dek tindakan beberapa individu,” katanya – Sinar Harian