Puteri Aishah Menggeletar Disahkan Bebas COVID-19

Hampir dua minggu menjalani rawatan dan dikuarantin di Hospital Sungai Buloh, pelakon Puteri Aishah mengatakan dia menggeletar satu badan apabila ujian mengesahkannya bebas wabak COVID-19.

Berkongsikan berita gembira itu menerusi satu video yang dimuat naik di Instagram miliknya petang tadi, Puteri tidak mampu menyembunyikan perasaan syukur dan gembira ketika merakam video tersebut.

“Allahuakbar. Apabila jururawat bernama Kak Zue cakap keputusan negatif terus menggeletar satu badan. Rasa syukur dan gembira sangat. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Ya Allah bersyukurnya,” kongsinya.

Menurut Puteri, dia sudah pun dibenarkan keluar HSB hari ini dan berterima terima kasih kepada mereka yang mendoakan kesihatannya. Di kesempatan itu juga, Puteri merakamkan ucapan terima kasih kepada petugas barisan hadapan yang menjaga dan merawatnya sepanjang berada disana.

Puteri disahkan positif Covid-19 selepas pulang dari penggambaran drama bersiri Demi di Scotland. Selain Puteri, pelakon drama sama, Ashraf Muslim dan pengarah, Rahila Ali turut disahkan positif virus tersebut.

Sumber : Rotikaya