Rahsia Awet Muda Fauziah Gous, Amalkan 6 Tips Ini Sebelum Makan Sarang Burung

Apa yang anda tahu tentang kebaikannya untuk kecantikan wajah? Yang penulis tahu ia merupakan rahsia awet muda aktres Fauziah Gous. Tak percaya, lihat Instagram aktres cantik itu yang kerap berkongsi amalan sarang burung untuk mengekalkan kecantikan luar dan dalaman malah kesihatan juga. Teringin untuk consume tapi penulis masih lagi sangsi akan kebaikannya.

Sebelum minuman kolagen, sarang burung adalah ‘suplemen kecantikan’ wajib diambil setiap wanita. Makanan tambahan ini terkenal dengan manfaat kesihatan dan kecantikan serta orang Asia telah lama terpesona olehnya. Ditenun oleh burung walet dari air liur mereka, sarang burung yang boleh dimakan adalah salah satu tonik yang paling popular dalam Perubatan Tradisional Cina.

Sebelum nak makan atau minum, adakah anda tahu fakta dan kepercayaan yang menarik mengenai sarang burung.

Sarang burung sebaiknya dimakan pada perut kosong

Dalam Perubatan Tradisional Cina, sarang burung dikelaskan sebagai tonik. Sebaiknya, ia perlu diambil sebelum makan untuk membolehkan tubuh menyerap nutrien dengan lebih baik.

Warna sarang burung tidak berasal dari darah burung walet

Bertentangan dengan kepercayaan popular, warna sarang burung merah disebabkan oleh pengoksidaan atau mineral yang diserap dari alam sekitar.

Lelaki boleh menggunakan sarang burung untuk imuniti dalaman

Sarang burung mempunyai kandungan glikoprotein tinggi, faktor pertumbuhan dan sifat bertenaga neutral, yang membantu meningkatkan sistem kekebalan tubuh.

Sarang burung secara tradisional digunakan sebagai makanan tambahan

Sarang burung terkenal untuk mengekalkan awet muda dan rawatan kulit wajah. Kajian moden menunjukkan sarang burung kaya dengan faktor pertumbuman epidermis “Epidermal Growth Factor”(EGF). Bahan ini bertanggungjawab untuk pembaikan kulit dan tisu.

Orang tua boleh guna sarang burung untuk mengekal dan meningkatkan kesihatan

Sarang burung secara tradisional digunakan untuk membersihkan Phlegm, mengurangkan batuk kering kronik dan melegakan keletihan – kesakitan biasa yang dialami apbila kita meningkat tua. Sarang Burung juga boleh digunakan untuk merangsang selera makan, memperbaiki pencernaan dan merangsang pergerakan usus.

Sarang Burung suplemen yang baik untuk kanak-kanak

Dari semi biologi, sarang burung mengandungi protein, asid amino dan mineral penting untuk pertumbuhan sihat. Dalam Perubatan Tradisional Cina, penggunaan sarang burung secara tetap membantu menghalang selesema. Dengan meningkatkan fungsi peparu dan buah pinggang, sarang burung membantu meningkatkan sistem kekebalan tubuh dan meningkatkan daya tahan terhadap faktor-faktor alam sekitar luaran.

Walaubagaimanapun sarang burung boleh menyebabkan reaksi alahan pada individu tertentu terutaman jika diambil untuk kali pertama.

Selamat Beramal!

Video:

Sumber: Wanista