Rahsia Ziana Zain Ikut Petua Abah Untuk Kekal Cantik, Awet Muda

Dari dulu sampai sekarang, penyanyi pujaan ramai Ziana Zain masih kekal cantik, langsing dan seperti tak makan usia.


Rupanya, Kak Ziana hanya ikut petua tradisional dan orang dulu-dulu untuk menjaga penampilannya.

Dipetik daripada majalah Intrend, kami kongsikan rahsia kecantikan Ziana Zain.

1. Amalkan jus segar seperti timun & epal hijau setiap pagi
Kak Ziana amalkan setiap pagi minum jus hijau seperti timun atau epal hijau untuk kekal bertenaga. Kemudian, Kak Ziana ambil sarapan ringkas seperti dua keping roti. Tengah hari dan malam, biasanya Kak Ziana jarang ambil nasi, cukuplah sayur- sayuran atau lauk.

2. Badan mesti aktif! Kalau tak bersenam, lari keliling rumah
Paling penting, peredaran darah perlu lancar. Badan mesti aktif. Kalau tidak bersenam di gimnasium pun, berlarilah keliling rumah. Kak Ziana lakukan ini dengan lebih kerap apabila ada persembahan atau program penting.

3. Tak pernah sentuh ais
Kak Ziana juga tidak pernah menyentuh ais melainkan terlalu teringin. Selalunya, memang jaranglah. Mungkin untuk menjaga suara.

4. Abah yang ajar cara untuk menjaga wajah
Kak Ziana menjaga kulit sejak belasan tahun lagi. Terima kasih kepada Abah yang dari dulu selalu mengingatkan anak- anaknya tentang penjagaan diri dan kebersihan. Kak Ziana amat berdisiplin. Penjagaan kulit dari awal usia itu penting kalau mahu kualiti kulit yang baik pada masa hadapan.

5. Abah ajar buat masker muka & buat minyak kepala sendiri
Antara petua Abah yang sampai sekarang Kak Ziana ingat ialah masker muka. Caranya, rendam beras semalaman. Kemudian, kisar sehingga hancur dan gaul dengan putih telur. Tempekkan pada muka.

Rambut pula, kalau dulu, Abah masak minyak kelapa sendiri. Kemudian, Abah campurkan dengan daun pandan atau bunga melur lalu dilumurkan ke kepala. Bagus untuk melebat dan menghitamkan rambut.