Rajin Mengemas Tapi Masih Ada Lipas? Trylah 8 Cara Halau Lipas Ni

Ramai geli lipas, tapi tau cara menghalau lipas?
Lipas merupakan salah satu serangga yang paling menggelikan di dunia sebab tu ramai akan halau lipas sejurus ia kelihatan. Ada pelbagai cara halau lipas ni tapi sebelum tu kena tahu punca kenapa rumah anda jadi perumah kepada lipas.


Lipas sememangnya sukar untuk dihapuskan memandangkan keupayaannya untuk hidup di dalam sebarang suasana dan mampu untuk memakan apa jua sumber makanan seperti sisa sampah.

Malah, para saintis turut berpendapat bahawa serangga ini merupakan serangga yang paling lama wujud di dunia, ditemui kira-kira 320 juta tahun yang lalu. Hal ini membawa maksud lipas sudah pun hidup di dunia sebelum kemunculan dinosaur.

Sementara lipas dikenali sebagai haiwan yang gemarkan persekitaran kotor, kita pasti pernah terserempak dengan beberapa ekor lipas di dalam rumah kita walaupun keadaan rumah diyakini bersih.

Malah pelbagai cara sudah dibuat kekadang kita naik pening memikir bagaimana cara halau lipas paling berkesan.

Puncanya adalah kerana serangga ini hanya memerlukan tiga keperluan asas untuk meneruskan hidup iaitu makanan, air dan juga tempat perlindungan. Tambahan pula, lipas adalah serangga nokturnal dan cenderung untuk bersembunyi di kawasan yang gelap dan sempit.

Di samping itu, lipas turut membawa pelbagai jenis bakteria, virus dan parasit pada badan mereka. Kesemua kuman ini boleh merebak di sekitar kawasan rumah dan mengakibatkan kesan sampingan seperti alergi dan pelbagai penyakit lain.

Justeru, bagi mengelakkan rumah anda daripada menjadi pusat penginapan lipas, ini cara halau lipas yang terbaik: