Rakaman Cemas Berlian RM40,000 Untuk Aishah Ditelan Anak, Datuk Vida Terpaksa Korek Mulut Anak

Sebelum usahawan kosmetik Datuk Seri Vida menyerahkan barangan kemas untuk menggantikan isu berlian palsu yang dijadikan hadiah Gegar Vaganza 4 yang hangat diperkatakan sebelum ini, rupa-rupanya Vida berhadapan detik cemas.

USAHAWAN kosmetik Datuk Seri Vida menunjukkan lima jenis barang kemas pilihan Aishah sebagai ganti rugi kepada berlian palsu yang dimenangi penyanyi itu pada program Gegar Vaganza musim keempat lalu.

Video Disediakan Di Bawah Artikel

Lima jenis barang kemas bernilai RM80,000 itu terdiri daripada dua butir berlian dan tiga bentuk cincin termasuk sebentuk cincin lelaki.

Vida atau nama sebenarnya Datuk Seri Dr Hasmiza Othman dalam satu sidang media berkata, dia berbesar hati memenuhi permintaan Aishah adalah atas persetujuannya sendiri.

Peguam Vida akan menyerahkan semua barangan ini kepada Aishah


“Saya berbesar hati untuk memenuhi tuntutan Aishah walaupun sebenarnya bukan tuntutan, tetapi adalah keinginan asal saya sendiri untuk memberikan sesuatu yang menggembirakan Aishah sebagai juara GV.

“Barang kemas ini dipilih oleh Aishah sendiri dan peguam saya akan menyerahkan kepadanya petang ini di kedai emas,” katanya.

Vida ditemui pada sidang media bagi menunjukkan barang kemas yang bakal dimiliki Aishah di One World Hotel, Petaling Jaya, Selangor pada Rabu.

Menerusi sidang media tersebut, Vida mencipta gimik dengan memasukkan dua butir berlian 1 carats round diamond bernilai RM27,100 dan 0.70 carats diamond princess cut bernilai RM12,920 ke dalam balang makanan ringan produk milik anaknya.

Selain berlian, Vida turut menunjukkan tiga bentuk terdiri daripada sebentuk cincin emas kuning bernilai RM20,820, cincin emas putih (RM11,410) dan cincin emas putih tanpa batu (RM7,750).

Vida menunjukkan barangan kemas pilihan Aishah sebagai ganti rugi berlian palsu yang diterima sebelum ini.

Artikel Berkaitan   “Tidur 2 jam, kena ‘shishi’ kat muka” – Anzalna Nasir seronok jadi ibu!

Sementara itu, Vida berharap penyerahan barangan tersebut dapat menamatkan kemelut yang berlangsung selama setahun setengah.

Malah, Vida turut memberitahu dia tiada masalah untuk bertemu dengan Aishah.

“Saya harap penyerahan barang kemas ini akan menamatkan semua kemelut dan isu yang melanda.

“Kalau saya jumpa dia pun lepas ni tak ada masalah, saya boleh tanya macam mana berlian?,” katanya.

Anak lelaki Datuk Vida iaitu Kacak hampir tertelan berlian bernilai RM40,000 yang akan diserahkan kepada penyanyi Aishah itu.

Berlian tersebut sebelum itu diletakkan diatas produk makanan ringan milik Cik B itu dan dimakan oleh Kacak tetapi sempat dikeluarkan semula.

Berlian putih tersebut berjaya dikeluarkan semula oleh Kacak dan disambut oleh Vida menggunakan tangannya sebelum diberi kepada Aishah.

Tidak pasti sama ada berlian tersebut dicuci atau tidak sebelum menyerahkan kepada Aishah dan motif Vida berbuat demikian masih menjadi tanda tanya.

Adakah ianya salah satu cara untuk mempromosi produk keropok kulit ikan anaknya? Mungkin.

Vida korek berlian daripada mulut anak, permata RM40,000 hampir masuk perut
CUAK! Situasi mencemaskan apabila anak kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Vida iaitu Kacak hampir tertelan berlian bernilai RM40,000 yang akan diserahkan kepada penyanyi Aishah.

Berlian yang diletakkan diatas produk makanan ringan milik Cik B itu hampir dimakan oleh Kacak.

Fuh! Siapa yang tak nervous kan kalau benda harga puluhan ribu hilang. Tonton sendiri aksi Vida menyelamatkan berlian putih yang hampir dimakan oleh anaknya itu!