“Rakan Dia Sembur Cecair Pengilat Kuku Pada Badan Dan Menyalakan Api. Anak Saya Meraung Kesakitan Kena Bakar”

LANSING – Seorang budak lelaki di Michigan, Amerika Syarikat melecur tahap dua selepas dibakar rakannya ketika menyahut cabaran ‘fire challenge’ dalam kejadian Sabtu lalu.

Ibu kanak-kanak terbabit, Tabitha Cleary berkata, anaknya Jason, 12, terpaksa dirawat selama empat hari di hospital.

Menurutnya, insiden itu bermula apabila rakan anaknya menyembur cecair pengilat kuku pada badan sebelum menyalakan api.

“Saya mahu berpesan kepada semua orang jangan tiru atau sahut apa sahaja cabaran di YouTube yang sememangnya membahayakan nyawa.

“Anak saya melecur tahap dua dan siapa tahu keadaan mungkin bertambah buruk,” katanya.

Cabaran berkenaan memerlukan seseorang menyalakan api pada badan mereka dalam usaha meraih populariti dan mendapat banyak ‘like’ di media sosial.

Namun, dalam kebanyakan kes cabaran itu berlaku di luar kawalan dan mangsa terpaksa dikejarkan ke hospital untuk rawatan termasuk pembedahan menyelamatkan nyawa.

‘Fire challenge’ bermula pada 2012 selepas seorang bintang YouTube bernama 1BlazinEagle1, memuat naik video memaparkan api dinyalakan di atas dadanya.

Tahun lalu, seorang budak perempuan di Detroit terpaksa dirawat selama dua bulan di hospital kerana menyahut cabaran tersebut.

Mangsa mengalami luka melecur tahap tiga. – Agensi

Artikel Berkaitan   “Ini Perkahwinan Ketiga Saya. Ustaz Tahu Semua Fasal Saya. Saya Pergi Makkah Dengan Calon Suami Lain Dan Balik Semula Ke Malaysia Dengan Lelaki Lain”