Rakan Tergamam Bila Menyaksinya Lelaki Ini Dibaham Buaya Semasa Cari Kangkong. Separuh Badan Baru Ditemui

MIRI: Seorang lelaki maut dibaham buaya ketika sedang mencari kangkung di kawasan sebuah parit di Ladang Tanjung Payung, di sini.

Kejadian tersebut berlaku Isnin lalu berhampiran Ladang Tradewinds, Jalan Pesisir Pantai Miri-Bintulu sekitar jam 5 petang.

Insiden malang itu turut disaksikan rakan mangsa yang kemudian membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Lim Meng Seah yang mengesahkan kejadian itu berkata, usaha mencari dan menyelamat warga Indonesia tersebut dilakukan pekerja ladang lain sejurus menyedari kejadian itu.

Menurutnya, separuh badan yang dipercayai milik mangsa telah dijumpai salah seorang pekerja ladang pada keesokan harinya, kira-kira jam 11.57 pagi Selasa.

“Antara yang ditemui ialah bahagian keratan tangan kanan, bahagian punggung dan potongan sebelah kaki kiri hingga punggung.

“Anggota badan mangsa tersebut ditemui tidak jauh dari lokasi kejadian berdekatan Sungai Telong,” katanya.

Polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut dan mayat mangsa sudah dihantar ke Miri untuk bedah siasat.

Artikel Berkaitan   Tak Puas Hati Tentang Rumah, Adik Tetak Kakak Pakai Parang Dan Kapak Sampai Maut