Rakyat Afrika “Lockdown”, Sekumpulan Singa Masuk Bandar Dan Menikmati Kawasan Lapang

AFRIKA – Situasi bandar dan jalan yang kosong dapat disaksikan apabila perintah berkurung dilaksanakan di sesuatu tempat bagi membendung penularan koronavirus (Covid-19).

Bagaimanapun, berlainan pula di Afrika Selatan apabila beberapa ekor singa mengambil tempat dalam situasi tersebut apabila mereka kelihatan berbaring dengan selesa di atas jalan raya.

Menurut portal CNN, foto daripada Taman Negara Kruger di Afrika Selatan memaparkan sekumpulan singa itu juga langsung tidak terganggu dengan kehadiran jurugambar.

Twitter rasmi Kruger National Park berkata, singa berkenaan biasanya tinggal di Taman Kontrak Kempiana, iaitu kawasan yang tidak dapat dilihat pelancong.

“Petang ini mereka berbaring di jalan tar luar Kem Orpen Rest,” katanya.

Jurucakap taman tersebut, Isaac Phaahla berkata, singa berkenaan biasanya tidak akan baring di atas jalan kerana akan ada kereta yang melintas dan mereka akan berlari ke semak-samun.

“Mereka hanya menikmati tempat-tempat yang biasanya dipenuhi dengan pelancong,” tambahnya lagi.

Dia juga berpesan kepada orang ramai agar berwaspada dengan kawasan tersebut kerana ia merupakan kawasan yang sangat liar dan hidupan liar akan lebih aktif tanpa kehadiran manusia.

kredit sinar harian