Rakyat China Tapi Fasih Berbahasa Malaysia, Husna Liang Tarik Perhatian Rakyat Malaysia Ikuti Nasihat

Melalui dua video yang dikongsinya di laman Facebook, rakyat China yang menetap di Beijing, Husna Liang menjadi viral.

Husna menulis setiap entrinya di dalam Bahasa Malaysia dan turut bertutur dalam bahasa yang sama di dalam video yang dihasilkannya.

“Hi semua, saya Husna. Wabak koronavirus baharu telah menjadi fokus di seluruh dunia. Usaha kawalan COVID-19 di China sudah menampakan hasilnya. Namun, penularan wabak ini di beberapa negara lain dilaporkan semakin teruk.

Hi semua, saya Husna. Wabak koronavirus baharu telah menjadi fokus di seluruh dunia. Usaha kawalan COVID-19 di China sudah menampakan hasilnya. Namun, penularan wabak ini di beberapa negara lain dilaporkan semakin teruk. Oleh itu, saya mahu berkongsi dua tip pencegahan asas yang juga sangat penting kepada kita semua termasuk anda di Malaysia.

Posted by Husna Liang on Isnin, 16 Mac 2020

“Oleh itu, saya mahu berkongsi dua tip pencegahan asas yang juga sangat penting kepada kita semua termasuk anda di Malaysia, tulis Husna yang pernah belajar di Universiti Malaya.

Pada satu video lainnya, Husna berkongsi apa langkah yang diambil oleh pihak di Beijing untuk mengurangkan penularan wabak Covid- 19.

#coronavirus Pada akhri-akhir ini, penularan wabak COVID-19 di negara dan wilayah selain China dilaporkan semakin teruk. Saya mahu berkongsi beberapa amalan pencegahan di kawasan awam di Beijing, dan saya harap ini dapat membantu anda di Malaysia.

Posted by Husna Liang on Rabu, 18 Mac 2020

“Pada akhir-akhir ini, penularan wabak COVID-19 di negara dan wilayah selain China dilaporkan semakin teruk. Saya mahu berkongsi beberapa amalan pencegahan di kawasan awam di Beijing, dan saya harap ini dapat membantu anda di Malaysia.
Video tersebut telah mendapat 20,000 perkongsian, 13,000 likes dan hampir 2,000 komen.

Semalam Husna memuat naik sekeping gambar yang meminta rakyat Malaysia supaya duduk dirumah.

“Sebagai warga China yang pernah mengalami tempoh paling sukar akibat COVID-19 dengan begitu dasyat, saya berharap musibah yang sama tidak menimpa rakyat di Malaysia.

“Oleh itu saya cuba membuat video untuk memberi beberapa informasi berguna kepada rakan-rakan Malaysia, dan saya tak sangka pula video saya ini akan menjadi tular sehingga penuh notifikasi saya. Dan untuk itu saya nak ucapkan terima kasih kepada semua!

Tambah Husna, dia akan terus menghasilkan video mengenai bawak tersebut, apa yang menarik di China dan juga ingin mengetahui apa yang menarik tentang Malaysia.