Rakyat Malaysia Berpeluang Tengok Hujan Meteor Lyrid Pada Khamis, 23 April Ni!

Disebabkan pencemaran udara dilihat semakin berkurangan berikutan rakyat seluruh dunia diarahkan untuk stay at home, pemandangan langit pada waktu malam pun semakin cantik dan cerah kan.

Kali ini, admin nak kongsikan bahawa kita berkemungkinan berpeluang untuk tengok hujan meteor yang dijangka akan berlaku pada Khamis nanti pada 23 April di langit Malaysia, lapor CNN. Wow, mesti cantik kan.

Difahamkan, hujan meteor Lyrid ini merupakan antara hujan meteor yang tertua sebab ianya dikatakan telah kelihatan sejak 2,700 tahun dahulu.

Hujan meteor ini dijangka dapat dilihat pada sekitar jam 5.48 pagi Khamis ini. Boleh lah bangun awal sekali tunggu solat Subuh kan.

Selain itu, setiap tahun, hujan meteor ini juga dikatakan aktif antara 16 hingga 25 April.

Jangan risau, kejadian hujan meteor ini tidak memerlukan korang untuk memiliki peralatan canggih seperti teleskop. Selagi cuaca jelas dan cerah, korang boleh menyaksikannya dengan mata kasar.

Untuk pengetahuan korang juga, nama hujan meteor Lyrid ini diambil bersempena buruj Lyra. Kalau nak tahu macam mana kejadian hujan meteor ni, korang boleh tengok video gambaran hujan meteor ni yang berlaku pada tahun lepas.

Jadi, sesiapa yang suka astronomy photography, boleh lah tengok hujan meteor ni Khamis nanti. Jangan lupa, hujan meteor ni juga hanya boleh dilihat di kawasan terbuka.

Sumber : lobakmerah