Ramai kata kematian Abam Dlm KhusnuI Khotimah, Mufti Wilayah Mula Bersuara

Pertamanya, saya ucapkan takzi1ah kepada keluarga almarhum Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan al-Juffrey (Abam Bocey). Semoga dikurniakan ketabahan dan kesabaran, khususnya kepada isteri beliau dalam membesarkan anak yang dikasihi, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey.

Mungkin jika satu hari nanti anakanda Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey terbaca nukilan ini, ketahuilah bahawa ayahandamu seorang yang baik dan disenangi semua orang.

Tak Kenal Abam  Secara Dekat

Saya tidaklah mengenali Abam Bocey secara dekat. Cuma sempat beberapa kali menonton jenakanya di kaca televisyen. Beliau memang mempunyai bakat membuat lawak yang semulajadi. Itulah antara anugerah Allah SWT kepada beliau.

Pada hari pemergi1annya, tergerak di hati saya untuk menziarahi jen4zahnya. Namun, kekangan masa yang amat padat tidak memungkinkan saya berada bersama-sama di tanah perkvburan atau masjid. Pada malam itu, saya menyampaikan Kuliah Maghrib di Masjid Sultan Idris Shah II, Slim River Pun begitu, saya tetap mengikuti proses daripada awal hinggalah ketika jenaz4h dikubvrkan melalui media sosial.

Mungkin ramai juga yang tertanya-tanya. Walaupun sudah hampir seminggu kem4tiannya, nama Abam masih lagi meniti di bibir-bibir orang ramai. Mengapa boleh jadi sedemikian rupa? Adakah kerana kemasyhurannya? Atau kerana lawaknya yang sentiasa diingati?

Petanda Kemati1an Disebut

Bagi saya, bilamana kemat1iannya sentiasa disebut-sebut, itulah petanda kemati1an dan pen4mat yang baik (husnul khatimah). Dari Anas bin Malik RA, beliau berkata, “Ketika satu jen4zah diiringi, orang ramai memuji jen4zah tersebut sebagai orang baik iaitu semasa hidupnya, maka Nabi SAW pun bersabda mengenainya: ‘Wajib, wajib, wajib.’

Lalu datang pula iringan jen4zah yang kedua, orang ramai mengutvk mengenai j3nazah tersebut sebagai orang yang j4hat semasa hidupnya. Nabi SAW pun bersabda: ‘Wajib, wajib, wajib.’ Umar berkata: ‘Menjadi penebusmu, ayah dan ibuku!

Ketika jen4zah pertama diiringi, orang ramai memujinya sebagai orang baik, lalu kamu berkata: Wajib, wajib, wajib. Kemudian ketika je3nazah kedua diiringi, orang ramai mengvuknya sebagai orang yang j4hat, kamu juga berkata: Wajib, wajib, wajib. Apa ertinya?”

Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Orang yang kamu puji sebagai orang baik, maka diwajibkan kepadanya syurga. Sedangkan orang yang kamu katakan sebagai orang yang j4hat, maka diwajibkan kepadanya n3raka. Kamu sekalian adalah saksi Allah di muka bumi. Kamu sekalian adalah saksi Allah di muka bumi. Kamu sekalian adalah saksi Allah di muka bumi.” (Riwayat Muslim, no. 949)

Daripada Abi Zar RA, katanya: Telah ditanya kepada Rasulullah SAW: “Apa pendapatmu wahai Rasulullah, seseorang yang beramal kebaikan lantas orang ramai memujinya? Sabda Baginda SAW: Maksudnya: “Itulah berita gembira bagi orang mukmin yang disegerakan.” (Riwayat Muslim, no. 2642)

Petanda Redha Allah

Imam al-Nawawi menjelaskan: Ulama’ berkata: Makna berita gembira ini secara langsung dengan kebaikan sebagai petanda keredhaan Allah dan kasih sayang kepadanya. Justeru, Allah SWT menjadikan orang ramai sayang kepadanya seperti hadis terdahulu.

Artikel Berkaitan   “Suami Hidap Tiga Str0k,” Lousia Chong Sebak Diberi Kekuatan Di Tanah Suci

Kemudian diletakkan perasaan penerimaan orang ramai di muka bumi. Ini semuanya apabila orang ramai memuji tanpa menghin4 atau menyi1ndir.” (Lihat Syarah al-Nawawi ala Muslim, 16/189) bn al-Jauzi menyebutkan: “Bahawa Allah SWT, apabila menerima amalan seseorang, maka dijadikan pada hati-hati orang ramai untuk menerima amalan seseorang itu dan memujinya.

Maka jadilah ia sebagai berita gembira dengan penerimaan, sebagaimana apabila Allah kasih pada seorang hamba, maka dijadikan semua makhlvknya kasih kepada seeorang itu. Ini kerana mereka menjadi penyaksi kepada-Nya di muka bumi.” (Lihat Kasyf al-Musykil, hlm. 245)

Imam al-Suyuti pula menyatakan: “Berita gembira yang disegerakan ini adalah sebagai dalil hal yang sama akan berlaku di akh1irat.” (Lihat Syarh al-Suyuti ‘ala Muslim, 5/556)

Dari Abu al-Aswad RA, ia berkata, “Aku datang ke Madinah lalu duduk menghampiri ‘Umar bin Al-Khattab. Kemudian satu jen4zah melalui mereka, lalu jen4zah tersebut dipuji kebaikannya. Maka ‘Umar berkata, “Wajib.”

Kemudian lalu lagi yang lain, maka dipuji kebaikannya, maka ‘Umar berkata, Wajib.” Lalu yang ketiga, maka disebutkan kejelikannya. Kemudian ‘Umar berkata, “Wajib.” Aku pun bertanya, “Apakah yang wajib, wahai Amirul Mukminin?” ‘Umar menjawab,

“Aku menyatakan seperti yang dikatakan oleh Nabi SAW, “Mana-mana Muslim yang disaksikan (diakui) kebaikannya oleh empat orang, Allah pasti memasukkannya ke dalam syurga.” Lalu kami bertanya, “Bagaimana kalau tiga orang?”

Beliau menjawab, “Dan tiga orang juga sama.” Lalu kami bertanya lagi, “Bagaimana kalau dua orang?” Beliau menjawab, “Dan dua orang juga sama.” Kemudian kami tidak bertanya pada beliau tentang satu orang.” (Riwayat Ahmad, no 204)

Beliau menjawab, “Dan tiga orang juga sama.” Lalu kami bertanya lagi, “Bagaimana kalau dua orang?” Beliau menjawab, “Dan dua orang juga sama.” Kemudian kami tidak bertanya pada beliau tentang satu orang.” (Riwayat Ahmad, no 204)

Ini bermakna, setiap Muslim yang men1inggal dunia, Allah SWT akan memberikan ilham kepada manusia untuk memberikan pujian kepadanya. Itulah tanda bahawa dia adalah penghuni syurga, baik pujian tersebut benar ataupun tidak.

Jika tidak benar, maka tidak semestinya dia menerima hukuman. Ketentuan itu tetap berada di bawah kehendak Allah SWT. Justeru, jika Allah SWT mengilhamkan kepada orang ramai untuk memujinya, maka itu petanda bahawa Allah mengkehendaki keampunan kepadanya. Itu pun sudah menunjukkan faedah memujinya. (Lihat Syarh al-Nawawi ‘ala Muslim, 7/20).

Seperkara lagi, solat jen4zahnya dihadiri oleh ramai orang. Ini jua menunjukkan petanda husnul khatimah. Sabda Rasulullah SAW: “Aku mendengar Rasulullah bersabda, ‘Tidaklah seorang Muslim meninggal kemudian disolatkan jen4zahnya oleh 40 orang yang tidak menyekvtukan Allah, kecuali Allah mengizinkan mereka memberi syafaat kepadanya (pada Hari Ki1amat nanti). (Riwayat Muslim, no. 948)

Artikel Berkaitan   Isteri Pergi Menghadap Ilahi, Anak2 Buat Bising Rumah Tetap Sunyi

Betapa indahnya percaturan Allah SWT. Dengan pemergian seorang pelawak terkenal yang mungkin tidak kita ketahui peribadinya selama ini melainkan jenakanya, Allah zahirkan satu-persatu kebaikannya dan menjadi pujian ramai orang.

Itulah kuasa Allah SWT yang menjemput seorang hamba-Nya dan menganugerahkan 1001 iktibar dan pengajaran untuk diinsafi bersama. Harapan kami agar semua dari kita tanpa mengira apa jua latarbelakang sekalipun, berpegang dengan satu slogan, “Buatlah baik sebanyak mungkin dan jangan sekali-kali melakukan kej4hatan.”

twitter : Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Imam Muda Hassan TampiI Jelaskan Kenapa Abam Dalam KhusnuI Khotimah Dan Ini Tanda-Tandanya

Apa amalan yang arwh Abam sudah lakukan sepanjang kehidupannya, ia di luar pengetahuan kita dan hanya Allah yang tahu.

Itu kata-kata penceramah bebas yang dikenali Imam Muda Hassan yang menyifatkan kem4tian Allahyarham Abam Bocey, 32, dalam ‘khusnul khatimah’.

Menurut Hassan atau nama sebenar Mohd Hassan Adli Yahaya aka Yahuza, menerusi hadis Nabi Muhammad SAW ada mengatakan antara tanda kem4tian yang baik itu, apabila ramai orang datang menziarah dan berdoa.

” Cuma, apa yang boleh dikata ialah arwh cukup dikenali kerana sikapnya yang sangat penyayang dan tidak ada msalah dengan orang lain.

” Melalui sikap itu sudah menggambarkan betapa arwh Abam mempunyai hati yang sangat baik,” katanya.

Menurut juara Imam Muda musim kedua ini, pengakhiran hidup seseorang manusia itu adalah cerminan kepada amalan dilakukannya.

” Seperti Abam, masyarakat sangat kenal arwh sebagai pelawak. Tetapi, sepanjang kehidupannya arwh adalah anak yang taat.

” Sikap arwh yang memuliakan ibunya dan berjaya menjalankan tanggungjawab sebagai anak sehingga akhir hayat adalah pengajaran buat kita semua. Nabi Muhammad SAW pernah sebut dalam hadisnya ‘syurga di bawah tapak kaki ibu’.

” Alhamdulillah, arwh Abam menunjukkan memang dia bersungguh mencari ‘syurganya’ dengan menjaga dan pelihara hubungan baik bersama ibu,” katanya.

Jelas Hassan, layanan baik Abam pada ibunya ketika hidup sudah boleh dijadikan kayu ukur pada apa diperolehnya di akhir hayat.

Mengulas juga mengenai ‘kem4tian yang dicemburui’ Hassan berkata antara tandanya ialah urusan m4ti itu dipermudahkan Allah, berlaku dengan cepat dan orang cukup terkesan di atas kehilangan berkenaan.

” Apapun, sebagai sesama manusia kita tidak boleh menilai seseorang ketika waktu hidupnya kerana kita tidak tahu kebaikan apa pernah dilakukan.

” Menariknya lagi mengenai keperibadian arwh Abam, saya pernah terbaca dia minta isterinya berhenti kerja untuk menjaga anak dan keluarga.

” Malah, arwh sanggup pula membayar gaji untuk isterinya. Itu juga jelas menunjukkan arwh seorang yang bertanggungjawab,” katanya.

Begitulah hebatnya kuasa sedekah yang disembunyi kan oleh Arw4h sehingga beliau di angkat mulia di saat kem4tianya. Kasih sayang yang diberikan kepada ibunya, anak malah pada isterinya banyak memberi pengajaran kepada kita semua.