Ramai Kembar Neelofa, Sherry Dan Nabil Terkejut Lofa Berbual LIVE Dengan Kembarnya!

Dalam rancangan MeleTOP semalam, buat sekian kalinya Neelofa telah dijemput sebagai tetamu jemputan bersama hos Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad.

Selain berborak mengenai perkembangan terbaru, Neelofa telah dikejutkan dengan satu panggilan video secara langsung bersama seorang wanita yang mempunyai wajah seiras dengannnya.

Wanita berkenaan yang dikenali sebagai Nur Afina Balqis sebelum ini pernah menjadi tular dilaman sosial selepas wajahnya dikatakan mirip seakan-akan Neelofa.

Malah ketika panggilan video berkenaan diadakan, Nabil dan Sherry juga seakan tidak percaya selepas melihat wajah Nur Afina.

Dalam masa sama, Nur Afina turut menjawab soalan daripada Nabil berkenaan perancangan untuk melibatkan diri dalam dunia hiburan dan ujarnya bahawa dia masih belum ada perancangan lagi namun andai ada rezeki, tak salah jika dia mencuba.

Sebelum ini, Neelofa pernah juga dikaitkan dengan seorang kembar cilik iaitu Che Naura Auni dan pernah juga dijemput ke set MeleTOP.

Ramainya kembar Neelofa!

kredit era