Mesti ramai yang tak suka akan lipas dan mempunyai stigma bahawa lipas ini sifatnya pengotor. Tapi lipas ni antara binatang terbersih di dunia. Eh? Betul ke? Ya, betul. Tak percaya kan.
Lipas ni wujud sejak zaman Jurasic dan dari sudut biologinya lipas ini adalah serangga omnivor. Tapi lipas boleh makan hampir segala benda. Jadi inilah datang fungsi utamanya dalam ekosistem sebagai pengurai sisa benda.
Segala dedaun dan ranting mati, lipas akan makan dan jika ada bangkai maka lipas yang akan makan. Percaya tak dari sudut ketahanan, lipas antara hidupan yang mampu selamat selepas letupan bom nuklear. Hah! Apa?! Radiasi nuclear tidak memberi kesan kepada mereka. Ini oleh kerana sistem pembahagian sel mereka.
Berkenaan sifat pembersih, ini yang dinanti-nantikan. Lipas menggunakan antenna mereka untuk menghidu, merasa dan sebagainya. Tapi kalau betul lipas ini pembersih, kenapa boleh mencetus banyak penyakit?
Air liur dan najis mereka mempunyai protein yang boleh cetuskan allergi. Mereka juga makan benda-benda kotot, makan segala bakteria yang merbahaya. Sebab ini orang dapat penyakit berbahaya daripada lipas.
Jadi masih takut lagi dengan lipas ke? Nanti bagilah lipas kat rumah tu makan dedaun mati eh.
Sumber: The Patriot