Ramai Tak Tahu, Selain Menjadi Kegemaran Rakyat Malaysia, Pisang Boleh Membahagiakan Tidur Kita

Pisang atau nama botani Musa spp.  adalah buah-buahan yang boleh dimakan dan dilaporkan mempunyai banyak khasiat seperti protein, kalsium dan karbohidrat.


Salah satu khasiat daripada pisang adalah ia sangat membantu mereka yang mempunyai masalah untuk tidur malam kerana pisang mempunyai sebatian yang membantu dalam proses penghasilan melatonin, iaitu hormon yang diperlukan untuk proses tidur dan terjaga.

Selain itu, pisang juga boleh membantu dalam keadaan kesihatan tertentu, seperti:

  1. Darah tinggi dan strok – pisang membantu menurunkan tekanan darah tinggi kerana kandungan potasiumnya yang tinggi.
  2. Kolestrol – pisang rendah dari segi kalori lemak, sodium yang membantu merendah kolestrol.
  3. Cirit-birit – potasium dan magnesium yang terkandung di dalam pisang amat sesuai merawat orang yang mengalami cirit-birit.
  4. Anaemia – anaemia ialah penyakit kurang darah. Kerana pisang kaya dengan zat besi, ia boleh merangsang penghasilan haemoglobin di dalam darah.
  5. Kemurungan – orang yang sedang murung lebih cepat ceria apabila makan pisang. Ini kerana kandungan sejenis protein membantu kita menjadi tenang.
  6. Pening-pening – cara paling cepat merawat rasa pening-pening ialah dengan meminum minuman susu pisang kocak (banana milkshake) yang dicampur madu. Minuman ini bukan sahaja merawat malah sedap pula.

Bagaimanapun, pisang tidak sesuai bagi pesakit kencing manis. Ini kerana kandungan gula di dalam pisang adalah tinggi. Terdapat 25 gram gula setiap 126 gram pisang (19.85%)

Sumber: Vita Talalay